HuzairieHusinBlog: Filem Songlap 2011 (Trailer (youtube) | Sinopsis | Senarai Pelakon )

Sunday, June 5, 2011

Filem Songlap 2011 (Trailer (youtube) | Sinopsis | Senarai Pelakon )

rasanya sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai penuntupnya filem malaysia insyaallah bakal dibox office kan dengan salah sebuah filem hebat lakonan shaheizy sam. songlap.



SINOPSIS FILEM SONGLAP 2011

Kisah dua adik beradik bernama Am (Shaheizy Sam ) dan Ad ( Shafie Naswip) yang tidak ada ibu dan bapa, Am terpaksa menjalani hidup sendiri membesarkan adiknya. Jadi Am ni perlu buat kerja untuk cari duit. Am telah berjumpa dengan Mama, dan bekerjasama dengan Mama dalam sindiket menjual bayi.



Songlap bermaksud mengambil sesuatu tanpa kebenaran, dan dalam filem Songlap ni, kiranya mengambil bayi dan menjual tanpa kebenaran le..
Isu yang diketengahkan dalam filem ni ialah isu berat tentang perdagangan manusia.



Ia mengisahkan tentang dunia sosial remaja yang mengandung di luar nikah dan jenayah perdagangan bayi yang sering diketengahkan oleh media massa.
Am dan Ad adalah dua beradik yang terlibat dalam jenayah perdagangan bayi yang didalangi oleh wanita bergelar Mama.





Rakan baik Ad iaitu Hawa (lakonan Sara Ali) hamil di luar nikah dua beradik itu mula bercanggah pendapat. Ad ingin membantu Hawa keluar dari kancah dosa manakala Am pula ingin terus hidup dalam dunia tersebut.



Apakah yang bakal terjadi selepas itu apabila hidup Ad menjadi tidak tenteram apabila dia dijejaki oleh Pak Din yang tidak putus asa mencari anak perempuannya, Hawa.




TRAILER (YOUTUBE) SONGLAP








PELAKON SONGLAP 2011

Omar Abdullah, Rozie Rashid, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Eizlan Yusof, Rashidi Ishak, HAsnul Rahmat, Normah Damanhuri, Berg Lee dan Izzue Islam.

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)