HuzairieHusinBlog: Himpunan 2 Juta Belia 2012

Thursday, June 2, 2011

Himpunan 2 Juta Belia 2012

assalamualaikum.. 

rasanya baru minggu lepas telah berlangsungnya himpunan sejuta belia 2011. sangat meriah. pada pandangan saya memang amat rugi bagi belia di luar sana tidak menghadirkan diri di putrajaya pada 27-29hb mei 2011. walaupun pertama kali kerajaan mengadakan himpunan terbesar seperti ini, ia dapat menarik lebih sejuta pengunjung dalam masa 3 hari! sangat menakjubkan. so, disini saya mahu cadangkan beberapa event yang boleh di adakan pada himpunan 2 juta belia tahun depan.


1. permainan tradisional.

- saya telah pergi ke perhimpunan itu selama 3 hari. tapi apa yang sedikit menghampakan saya adalah tiada permainan tradisional yang di pertandingkan. jadi, saya cadangkan kepada pihak penganjur untuk mengadakan permainan tradisonal rakyat malaysia seperti permainan guli, gasing, teng-teng dan sebagainya. kerana secara tidak langsung kita mempromosikan permainan kita kepada masyarakat luar khususnya.

2. penambahbaikkan.

- ini adalah sekadar pemerhatian saya sahaja. apa yang saya nampak tempat menjual makanan tidak strategik. atau bersepah. merata rata.. pada pendapat saya, apa kata kita tempatkan satu tempat khas di mana semua peniaga makanan khususnya berada di satu tempat. ia mungkin dapat mengurangkan rungutan daripada peniaga kerana berlaku diskriminasi tempat yang jarang dikunjungi oleh pengunjung.

3. kekurangan.

- kekurangan yang paling ketara yang saya nampak adalah ceramah, forum atau sebagainya. secara amnya, himpunan nie lebih kepada 99% hiburan. tiada perdebatan antara belia, syarahan mahupun pidato. mungkin ini boleh di jadikan salah satu acara tahun hadapan.


last but not least, himpunan seperti ini banyak memberi manfaat kepada golongan belia terutamanya. harap acara seperti ini akan menjadi salah satu acara rasmi tahunan negara. insyaallah.


* pengalaman manis di himpunan sejuta belia 2011..


bergambar bersama all star ninja warrior nagano..!!! terrrbaaaeekk lah..! :D

2 orang gemar komen entry aku:

  1. gud info and entry. keep up a good work. pendapat saya. Sukan dan pertandingan banyak. Hiburan pun banyak. Perniagaan pun banyak. aih. macam macam ade la. mungkin tak semua yang puas hati sebab apa yang kita nak takde kat situ. anyway. suara kita. sebarkannya.

    ReplyDelete
  2. ok, 4 me, tmpt jualan mknn bkn bersepah.. cume, kwsn utk hari belia kn luas.. jd ssuai lah ad dmne2.. bla dkmpulkn 1 tmpat, mnyshkn pgnjg pula ye.. :) then, psl hiburan tu, sy sgt stju, sukan sy xkesah.. mmg myhtkn, hibrn tu perlu dikurgkn.. bkn ape, sy trse tdk brda di mlysia swktu psmbhn tarian (xtau dri org cine or ala2 korea itu) terllau mjolok mata.. mgapa ini terjadi? tidak sht utk tontonan.

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)