HuzairieHusinBlog: Kedudukan Terkini Pingat Sukma 2011 | 12 Jun 2011 Update!

Sunday, June 12, 2011

Kedudukan Terkini Pingat Sukma 2011 | 12 Jun 2011 Update!

TERENGGANU semakin hampir mencipta hatrik sebagai juara keseluruhan pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) XIV di Kuala Lumpur yang bakal melabuhkan tirainya hari ini selepas kontinjen Pantai Timur itu menambah tiga emas daripada mendayung.
Tamat saingan hari ke-10 semalam, Terengganu mengumpul keseluruhan 28 emas, tujuh perak dan 12 gangsa tetapi Selangor menunjukkan belang sebenar apabila menambah enam pingat dan kini menduduki tangga kedua keseluruhan.





Terengganu meraih tiga emas mendayung menerusi acara pair lelaki yang diwakili Nurul Azwan Saruni dan Mohd Rizal Helmy Anuar yang mencatat 7 minit 59.33 saat, berempat lightweight wanita (Nur Wahida Zawawi, Subrina Mohd Salleh, Rosnah Jamaluddin dan Nur Atiqah Zali) yang merakam 8:54.63s serta lelaki berlapan dengan masa 6:55.80s.
Selangor pula garang di kolam renang menerusi emas renang berirama duet teknikal, ping pong (perseorangan lelaki), kabaddi (lelaki dan wanita) serta bola tampar pantai (lelaki dan wanita) untuk selesa di tangga kedua keseluruhan dengan 24 emas, 18 perak dan 27 gangsa.


Johor yang jatuh di tangga ketiga tetapi melepasi sasaran yang ditetapkan kontinjen itu dengan 20 pingat emas apabila menambah tiga emas menerusi bola keranjang lelaki, mendayung perseorangan scull lelaki dan beregu lightweight wanita. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpuas hati dengan setiap liputan dihasilkan media dan ia menjadi langkah terbaik mempromosikan format terbaru SUKMA yang bakal diadakan setiap tahun.
“Saya berpuas hati dengan gambaran yang dipaparkan, baik media cetak ataupun elektronik. Bagi saya ia berjaya menonjolkan imej sukan negara seperti sukan bertaraf antarabangsa lain seperti Sukan Asia dan Sukan SEA,” katanya.


-Sumber : Berita Harian - 

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)