HuzairieHusinBlog: Pelawak Zami Ismail (hantu kak limah balik rumah) meninggal dunia.(al-fatihah)

Sunday, June 19, 2011

Pelawak Zami Ismail (hantu kak limah balik rumah) meninggal dunia.(al-fatihah)

assalamualaikum semua.. 

terkejut jugak zairie bila dapat berita yang pelakon hantu kak limah balik rumah telah menghembuskan nafasnya terakhir hari ini.. ahad 19 jun 2011.. 




petikan dari mstar online.

"pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.


Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.




secara peribadi, zami ismail merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat.. lawaknya, cara nya berlakon, betul betul memberi kesan kepada penonton yang melihatnya.. 

kita tengok je lah lakonannya sebagai tok ketua dalam cerita hantu kak limah balik rumah.. memang jadi.. tak kering gusi kita melihat lakonannya..

zairie doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dari-Nya.. amin..~

 AL-FATIHAH






3 orang gemar komen entry aku:

  1. saya pon baru tau dr melodi tadi.

    al-fatihah untuk beliau.
    semoga rohnya tergolong dlm org2 beriman.
    AMIN.

    new entry : BUSUK la Bau Badan!

    ReplyDelete
  2. takziah buat keluarga beliau !!!..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin..

    ReplyDelete
  3. takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)