HuzairieHusinBlog: Cara Memasak Nasi Kebuli | Menu Ramadhan 2011

Sunday, July 24, 2011

Cara Memasak Nasi Kebuli | Menu Ramadhan 2011


assalamualaikum..


sempena ramadhan nak datang tak lama lagi, zairie nak share1 resipi dengan pembaca sekalian.. 


cara membuat/memasak nasi kebuli.. sebenarnya zairie pun tak pasti kenapa nama nasi nie kebuli.. maybe zaman dulu dulu siapa nak makan nasi nie kena buli kot.. kehkeh





Bahan Bahan :


1. 900 gram beras (basuh dan toskan)


2. 2 biji kelapa parut


3. 5cm halia, 1 batang serai (dititik)


4. 1 helai daun limau purut.


5. 2 biji buah pelaga.


6. 3 kntum bunga cengkih


7. 2 biji telur (didadar/dikacau)




Bahan Giling :


1. 2 sudu besar ketumbar


2. 1 sudu teh jintan manis.


3. 1 sudu teh jintan putih.


4. 1 sudu teh lada hitam..


5. 2 sudu teh serbuk kunyik.


6. sedikit garam




Cara Membuat :


1. kelapa diperah, ambil santan secukupnya untuk memasak nasi.


2. masukkan rempah ratus , daun limau purut, halia serta bahan giling dan masak hingga mendidih.


3. masukkan beras dan masak sehingga tanak nasinya.


4. taburkan telur dada diatasnya bila dihidangkan...






selamat mencuba.. 

























2 orang gemar komen entry aku:

  1. wah pandai masak ya?..he2x...nanti mama try masak nasi ni...Thanks share resepi ni..

    ReplyDelete
  2. wah. mcm best je. nk try la nty. bhn2 pon sng .. tp kan. nasi kebuli ni asal negeri mane? huhu. tk pnh dgr pun. :)

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)