HuzairieHusinBlog: Ipad 3 Malaysia

Monday, July 25, 2011

Ipad 3 Malaysia

assalamualaikum..

entry nie zairie share dari this blog.. credit to this blog. tq. 


Tajuk : Ipad 3 Malaysia.

Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.

Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.



Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.


Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.



Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.

“Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja,” kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan. Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933),” katanya.



Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467).








amacam??? gempak kan.. lepas nie ramai ramai terjah lowyat plaza.. cari sparepart..







2 orang gemar komen entry aku:

  1. mama respect kat org2 di China, mereka blh membuat apa juga benda termasuk alat2 teknologi canggih yg terkini..banyak brg2 tiruan dr China dijual dgn harga murah di Malaysia..

    ReplyDelete
  2. bagus nya mamat nih..boleh buat sendiri..bijak2..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)