HuzairieHusinBlog: August 2011

Wednesday, August 31, 2011

Sambutan Bunga Api Merdeka Ke-54 Di Kampung!

salam merdeka ke-54 dari aku..

biasanya kita selalu tengok bunga api di KLCC atau Dataran Merdeka kan..? merdeka tahun nie aku sempat melihat pertunjukkan bunga api di kampung aku.. wah! meriah beb!








meriah kan??? salam kemerdekaan dari aku.. hope kita terus merdeka dari lahiriah dan batiniah.. ;-)
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri with Lovely Mum..!

hari raya hari nie...?? boleh la.. budak budak je ramai yang datang.... tujuan..? bukan nak sangat makan kuih raya nie... nak collect duit raya la tu... :D

sesi bergambar..

1. bersama adik adik & my mum..





abaikan keadaan di belakang tu.... lalala..










with my mum... orang kata mak aku time muda muda macam ramlah ram.... ops..!
»»  BACA SELANJUTNYA...

[Gambar] Lady Gaga Seperti Lelaki Di Konsert Anugerah Video Muzik MTV 2011

yeah..! dah lama aku tak cerita pasal  gosip artis nie.. bukak akhbar kosmo tadi tertarik dengan artikel yang lady gaga berimej lelaki di show pembukaan anugerah video muzik MT 2011 baru baru nie...

yeah..! hasil google aku...







wah..! mama rock lady gaga nie... memang versatile la...!










memang caya lady gaga nie... brian may memang gitaris yang hebat.. dua orang nie dah bergabung memang hangat la... 








-sekian-
»»  BACA SELANJUTNYA...

1/2 Juta Page Views & Page Rank 2

assalamualaikum...

dah lama kan aku tak buat prestasi blog nie.. bukan tak mahu review blog sendiri, tapi takut ada suara yang tidak enak didengar.. better buat review sikit sikit je.. hihi..


okeh..! selepas berdomain dot com nie boleh kata semuanya jatuh.. baik dari rank alexa hinggalah ke page rank goole.. dulu masa berblogspot page rank nie berada dalam PR2.. al-maklum selepas berdotcom secara automatik PR kita akan menjadi 0.


Alhamdulillah.. akhirnya blog nie dapat menghampiri pageview sebanyak 500,000 pageview.. sejak berblog 2 tahun lalu dan aktif setahun yang lalu. 






terlepas nak  catchup cun cun 500k.. tak apa la... tunggu 1 juta pulak la.. hehe..




next mengenai page rank pulak... fuh.! baru sedar selepas sebulan berdomain google dah bagi pr2 balik... cepat nyer...! 


dan target aku setahun selepas nie adalah... :




1. Rank alexa bawah 500k dan malaysia bawah 1k..


2. PR4 dari google.


3. innity advertiser.. 




mustahil??? tiada yang mustahil kalau ada usaha.. doakan yer... :)




-sekian-
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

assalamualaikum.

sedar tak sedar dah genap sebulan kita berpuasa.. dan sedar tidak jugak ang kita akan menyambut hari mulia hari raya aidilfitri.

di  kesempatan ini, zairie ingin memohon seribu kemaafan jika ada entry zairie ada yang menguris hati dan perasaan pembaca sekalian.. 








selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. moga persahabatan antara blogger akan terus terjalin hendaknya.. 


-sekian-
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, August 28, 2011

[LIVE] Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) 28 Ogos 2011

fast track update memandang tengah sibuk bakar lemang dan anyam ketupat kat kampung nie... keputusan penuh liga perdana inggeris 20 ogos 2011 setakat pukul 10.00 PM







Manchester city menang besar lawan hotspur..  erm... ingat nak support city pulak la.. hehe..




result arsenal dengan MU nanti aku update..!






alamak..! lemang dah hangus nie... ades...!
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, August 27, 2011

Duit Raya RM1000 Dari Blog Denai Hati 2011

assalamualaikum..

mencuba nasib untuk join contest dari blog denai hati..






street to the point je la ea..


1. duit raya RM1000 untuk rakan blogger.


2. Blogger kena saman.


3. sekuriti blog blogger buat apa.


4. Blogger traffik hunter.




tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan..?


klik sini untuk join.






p/s: selamat berjaya pada contestant yang lain.. 





»»  BACA SELANJUTNYA...

Bazar Raya Di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) & Masjid India -Part 1-

okeh... jika sebelum nie aku bawak korang makan makan sempena berbuka puasa, so khas untuk entry nie, aku akan kau orang semua jalan jalan di sekitan masjid india dan jalan tunku abdul rahman sempena nak menyambut hari raya nie..

jom..!


untuk part 1 nie, lokasi pertama yang aku nak bawak kau orang adalah di shopping complex gedung menghabiskan duit masa kini... serius weh...! ramai gila orang...






musim nak raya nie memang jalan confirm sesak.. better naik motor.. senang nak cilok sikit.. parking memang susah kali.. mahu kena tawaf pat ploh pat kali baru dapat parking.. hehe




1st place aku terjah adalah Sogo.. tempat syurga sale.. yang kaki shopping memang boleh gila datang sini... uh..! selamat la aku bukan kaki shopping.. hihi..





lautan manusia... pening tengok orang ramai ramai macam nie... 




yeah..! mega sale sogo... terjah..!




sogo kalau tak ada signboard macam nie jangan panggil sogo la.. masuk sogo pasti nampak benda alah nie.. tak caya?? pergi la..





voir 70% off..




sembonia 20% off


okeh..! cukup setakat nie.. tunggu untuk part 2 bazar raya bersama zairie husin.. 


sekian.
»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, August 25, 2011

Samsung Galaxy W (Malaysia) | Speksifikasi, Harga & Gambar)


holla..! entry ini memang sesuai bagi mereka yang mencari gadget terbaru. dan terbaru dari samsung, handphone nya... samsung mengeluarkan satu gadget handphone terbaru yang diberi nama samsung galaxy w. handphone nie rasanya selepas samsung galaxy S II yang aku rasa lebih hebat dari i-phone 4..!


Samsung Galaxy W.



personally aku tengok spesifikasi samsung galaxy w  nie tak ada la jauh beza sangat dengan galaxy yang terdahulu.



review secara ringkas samsung galaxy w.

1. galaxy w masih menggunakan identiti sebagai handphone smart phone. bila sebut smart phone, that mean telefon pintar la.. so, korang boleh buat kerja, surf tenet semua dekat galaxy w nie.


2. 4mb build in memory. tak perlu beli memory card pun dah ok dah. dah cukup besar saiz memory.


3. menggunakan memory card jenis micro sd. so tiada masalah kalau ada orang cakap micro sd mahal.. 4gb dah boleh dapat RM30.


4. Full touch screen. 


5. camera 5 megapixel. ok lah.. tapi bagi aku kalau korang beli samsung galaxy w nie untuk kamera memang tak sesuai... nak kamera baik pakai sony.. cyber shoot lagi..


lain lain spesifikasi boleh check sini.


owh! lupa pulak..  samsung galaxy w dikeluarkan pada ogos 2011.. masih baru lagi sewaktu entry ini ditulis..


dengan harga samsung galaxy w yang masih menjadi tanda tanya lagi, esok jugak aku terjah kedai handset belakang rumah aku...


-sekian-
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, August 23, 2011

Senarai Pemain Malaysia B-23 Yang Bermain Untuk Kelab Fc Vion (Zlate Moravce)

Bagi yang mengikuti perkembangan bola sepak malaysia bawah 23 atau skuad olimpik pasti sudah tahu pasal senarai pemain yang di lamar untuk kelab FC Vion dari slovakia.. 







antara pemain yang di lamar untuk bermain dengan fc vion selama 3 bulan ialah :


2. irfan fazail 

3. fadhli shas.


taniah kepada 3 pemain nie. baru baru nie skuad olimpik ada buat friendly game dengan kelab dari slovakia. so far, game dia orang nie banyak yang menang.. kalau tak silap ada 1 game nie kalah.. tak ingat dah kelab dari mana..

kepada 3 pemain yang di pinjam selama 3 bulan oleh FC Vion nie,  buktikan pada dunia yang orang malaysia boleh main dalam liga eropah.. 

Malaysia Boleh..!
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tips Blogging | Bagaimana Mahu Naik Bilangan Followers Di Blog

here we come... dah lama aku tak bagi tips blogging untuk di share dengan rakan rakan blogger yang lain. 

dan hari ni, aku ada satu tips yang baru dan menarik untuk dikongsi."Bagaimana Mahu Naik Bilangan Followers Di Blog" .. tips nie aku fokuskan kepada blogger yang baru terutamanya. 

tahu tak korang yang bilangan followers yang tinggi/banyak memberi tanda yang blog itu popular.. sekarang, jom kita lihat bagaimana kita nak up bilangan followers kita. 




Tips 1 : Tulis entry yang menarik dan unik.

tahukah korang entry yang menarik dan unik boleh dijadikan senjata rahsia untuk up traffic. contoh, bila reader suka dengan entry kita tak payah nak paksa orang follow blog kita. dia akan tekan button follow dengan rela hati. tengok saja la zack zukhairi. dah berapa bulan tak update. sekali update.. ambek ko...!


Tips 2 : Laman Sosial 

tips nie lebih kepada trick je.. kalau jadi, jadi la.. tak jadi nak buat macam mana kan...? aku rasa, semua ada FB @ twitter.. kan kan...kalau masih yang belum ada tu, pi la register sat.. free..

senang je.. pi kat profile blogger tu, korang message/post wall dia macam nie..

"blog awak hebat! saya harap awak update lagi dengan entry yg best dan fantastic..saya dah pun follow blog awak dan baca entry awak.. kalau awak sudi, awak boleh jugak follow blog saya. http://urlblog.blogspot.com"


jangan buat banyak sangat ayat nie.. kasi tukar sikit la.. nanti tak pasal pasal kena spam pulak.. 

tapi ingat..! betul betul follow blog dia.. dan ingat jugak..! kita bukan menagih orang follow blog kita.. just kita nak tambahkan kenalan di blog kita..


selamat mencuba..


p/s: ehem2 .. senang sudi lah follow blog saya.. like sekali ye fan page blog saya.. hehehe..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, August 22, 2011

Transformasi Blog ZairieHusin.com

fuh..! 2 hari aku kering idea nak update.. walaupun aku ada projek dengan novel sebutir pasir  karya aku sendiri, idea nak menghasilkan karya bermutu tinggi memang susah.. so, siapa cakap senang nak jadi blogger nie.. susah beb! entry aku "bukan mudah menjadi seorang blogger" boleh menjawab kenapa.


memandangkan aku tiada mood nak berblog, aku gagah jugak la update.. sudi.. baca la sampai habis yerk... 


ok..! kalau korang perasan, blog zairiehusin.com telah berubah wajah.. ya..! aku baru je tukar template.. ada satu malam tu aku gatal tangan sangat nak edit blog.. so ini lah hasilnya.. 


so, apa pembaharuaannya..? meh kita lihat..



1. SLIDER BAR







Itu salah satu perubahan yang aku bawak dalam blog ini.. saja aku letak slider bar nie.. kasi cun sikit.. lantak a blog lambat loading ke hape.. jadi blog cun.. boleyh??






2. FOOTER LIST






errrkkk.... betul ke footer list yang aku maksudkan tu.. lantak lah.. yang penting korang faham kan kan kan...? dengan adanya benda alah nie, aku dapat rasakan bahagian blog paling bawah nampak sedikit kemas.. sedap mata aku  memandang..




last but not least........ it come for lime time...




4. Chatbox








dah lama aku tak letak chatbox nie.. rasanya ada la dekat setahun lebih.. so bila aku letak chatbox nie balik hope lagi banyak la korang jejak blog ni.. 






okeh...! terupdate sudah satu entry.. senang hati guwa.. miahahaha....
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, August 21, 2011

Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris 20-08-2011 (EPL Live Score)

malam nie game EPL memang fight habis..tak sangka team yang tak disangka menang telah buat kejutan... one of them, QPR.. caya lah QPR.. tak sia sia tony fernandes beli.. hehe

so, nie full result untuk game epl (20.08.2011)












kecewa sikit dengan game arsenal... sepatutnya arsenal boleh menang game tu... tapi nak buat macam mana.. bola tu bulat.. yang hebat akan menguasai permainan..




esok game MU pulak.. nak tengok jugak game hotspur.. dia orang nie belum main lagi untuk EPL nie...




go QPR... hihihi
»»  BACA SELANJUTNYA...

Nasi Beriani Gam Putrajaya | Lokasi Berbuka Puasa 2011

alhamdulillah.. setelah aku merasa nasi beriyani gam di restoran anje bandar baru bangi minggu lepas, minggu nie aku cuba pulak merasa nasi beriyani gam di putrajaya.. dekat denga Uniten Bangi. 





Kafe Beriani Gam Putrajaya ku terjah minggu ini.. al-maklum la... minggu lepas Mrs.Zairie tak dapat merasa nasi beriyani.. sebab aku pi ngan famili aku.. so, untuk menghilangkan kempunan dia, aku bawak dia makan di sini..



so far apa yang boleh aku cakap, kira 1st impression aku la.. erm.. 



"tauke... tempat kasi besar sikit la.. kasi menarik sikit.. kasi ada kolam ikan ke... macam village view.. smart woo..."








time ni orang tak datang lagi.. kira aku orang pertama la yang sampai.. erm.. nampak sangat aku dah lapar... arrgghh! ada aku kesah... aku dah book ma....




ok.. nasi beriyani dia memang sedap abes wooo...sepinggan kalau silap aku dalam RM12.00 la.. ada satu nasi beriyani nie lauk kambing kuzi... pelik aku.. kambing kuzi?? kambing dari gurun mana tu... sepinggan... RM 20.. mak ai.. mahal nyer...! huhu..


aku ambek nasi beriani daging la... so far ok la.. sedap.. daging dia lembut.. 








nasi beriani gam sedia untuk di makan.. nyum nyum nyum...







bagi aku memang berbaloi siapa yang datang sini rasa nasi beriani dia... memang puas hati... tersangat la puas... 


kalau nak datang, dia jalan nak menghala ke putrajaya tu.. dekat dengan uniten.. sorry la.. aku tak ada address yang lengkap restoran nie..






sekian..~
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, August 20, 2011

Novel : Sebutir Pasir -Episod 3

tinggal satu minggu lagi peperiksaan SPM.. aku masih lagi leka dibuai mimpi. walaupun opah sering beringatkan aku mengenai perjuangan aku masa kini. tok wan yang masih duduk di dangau bawah rumah aku dekati. diam. tidak berkata walau sepatah. saja aku duduk berhampiran dengannya. di tangannya, di balutnya sebatang rokok daun dengan tembakau. dikeluarnya petik api. aku memerhati gelagat tok wan. di hembusnya asap rokok itu perlahan lahan. di sedut dan dihembusnya lagi. berulang kali.








"tok..." aku memulakan bicara. tok wan memalingkan wajahnya kepada ku tanda menyahut panggilan ku.


"lepas aizat habis SPM nie, insyaallah aizat dapat sambung belajar, tok dengan opah duk berdua je la ea.." aku meluahkan apa yang tersirat.. ya. memang berat hati ini untuk meninggalkan antara orang yang aku sayang. selain aliya. bagi aku, tok wan dengan opah merupakan orang yang sering menjadi inspirasi dan motivasi kepada aku. di saat aku jatuh, sakit.. merekalah yang sering kali berada di sisi aku. memberi aku semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini.


"ala jat... tok dengan opah dah biasa dah.. pergi la kalau jat dapat sambung belajar.. itu kan masa depan aizat.. nanti kalau cuti semester tu boleh la balik kampung balik.. tengokkan kerbau atok tu..." tok wan membalas pertanyaan ku dengan sedikit helai tawa. begitu juga dengan aku. tercuit hati ku dengan kata kata atok. memang aku dengan kerbau tok wan memang rapat. ingat lagi masa kerbau tok masih lagi kecil. aku lah yang sering bawak kerbau atok ke sawah belakang rumah. meragut rumput disana.. kini.. ia sudah besar. masih lagi mengenal diri ku yang menjadi rakan sekawannya suatu ketika dulu.


xxxxxxxxxxxxxxxxx

pagi itu aku sedikit berdebar memasuki dewan peperiksaan. doa penenang hati sudah berapa kali aku baca. tapi, masih lagi jantungku berdengup kencang. mungkin ini exam  yang pertama. biasalah. 

pengawas peperiksaan sedang asyik berjalan mengawas calon calon peperiksaan.namun aku tidak endahkan semua itu. semua soalan aku jawab dengan tenang dan kemas. walapun paper bahasa melayu merupakan subjet pilihan ku, aku tidak boleh terlalu yakin. takut memakan diri sendiri. 

2 jam berlalu. ketua mengawas mengarahkan semua calon meninggalkan dewan dengan senyap mengikut turutan. barisan ku barisan yang terakhir keluar. aku lihat aliya berjalan keluar dengan wajah yang ceria. mungkin firasat ku dia dapat menjawab semua soalan dengan tenang.

"hai encik aizat.." sapa aliya yang entah dari mana datang nya. aku memalingkan wajah ku ke belakang. ku lihat senyuman manja aliya terukir. aku membalas senyuman itu. 

"hya cik aliya.. so, macam mana paper tadi.. i tengok u happy jer.." aku cuba meneka jawapan di sebalik persoalan ku. aliya maju setapak dan duduk disisi ku. aku memasukkan semua peralatan tulis ke dalam beg tanpa memperdulikannya.

"ok lah.. cuba time karangan tadi rasanya macam melalut sikit la.. sebab banyak sangat nak liya cerita.. hehe" jawab liya dengan nada yang riang. aku turut merasakannya. 

"insyaallah.. yang penting liya dah buat yang terbaikkan.. insyaallah liya akan dapat result yang gempak lagi superb..." aku memberikan sebutir harapan kepada liya. liya hanya ketawa kecil dengan kata kata aku.

"insyaallah aizat.. liya pun doakan yang sama untuk aizat.."



-bersambung-

»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, August 18, 2011

Senarai Lebuhraya Tol Malaysia Di Beri Diskaun Sempena Hari Raya 2011

YEAH...! tengok berita tv3 tadi yang hampir 24 tol di malaysia nie akan memberi diskaun sebanyak 37% kepada penggunanya.. wah.! banyak jugak diskaun yang diberikan... tapi..... ia hanya dilangsungkan pada 30 dan 31 ogos sahaja.. thats mean pada hari raya pertama dan kedua sahaja.... ermm... ada ke orang nak balik time tu.. rasanya sikit je.. pandai dia orang nie buat bisnes...






senarai plaza tol yang memberikan diskaun pada tarikh tersebut ialah :


1. Lebuh raya utara selatan (PLUS)


2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)


3. Lebuhraya Seremban-Portdickson (SPDH)


4. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.


5. Lebuhraya Kulim-Butterworth.


6. Lebuhraya Damansara Puchong


7. Lebuhraya sistem penyuaraian trafik


8. lebuhraya KL-Barat (Sprint)


9. Lebuhraya Pantai Timur


10. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.


11. Lebuhraya Koridor Guthrie


12. Lebuhraya Kemuning Shah Alam.


13. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)


14. Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)


15. Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE)


16. Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga)


17. Lebuhraya Smart.


18. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru


19. Lebuhraya KL-Putrajaya


20. Lebuhraya Lingkaran Kajang.


21. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)


22. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)


23. Lebuhraya KL-Karak (KLK)


24. Lebuhraya Shah Alam




Sedikit Info :


- Pengguna Lebuhraya LDP tidak akan dikenakan tol pada hari kemerdekaan bermula 12.00 tgh malam sehingga 11.59 pagi






erm... kesimpulannya, aku mungkin tidak merasa tol diskaun nie sebab aku balik kedah maybe 27 or 28hb... ades.. tapi tak apa la... so, berhati hati di jalan raya..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Puasa Di Nasi Beriani Gam Johor Anje Bandar Baru Bangi

berbuka puasa di luar lagi... kali nie aku sempat terjah satu restoran nie..  erm.. popular??? boleh la.. sebab time aku berbuka puasa kat sana hari tu ramai jugak orang.. mostly yang datang with their family.. 

restoran anje nasi beriani gam johor... aku akan bawak korang semua tengok suasana dan makanan di sana..




restoran nie terletak di bandar baru bangi.. seksyen 15 kalau tak silap.. dengan stadium bangi tu.. ok.. tak pe.. nanti end of the entry nie aku kasi map.. 

lauk lauk dengan restoran nie banyak pilihan.. daging, ayam dan kambing la yang paling banyak.. tapi time aku nak order kambing dah habis pulak.. ades...~




tiba tiba tetrasa lapar pulak.. semua lauk kat restoran nie semua sedap sedap.. for me, tak rugi la kalau ada orang nak belanja kita makan kat sini.. hihi..


nyam nyam nyam... aku bedal lauk ayam dan daging.. terserlah kelaparan aku.. haha




with my beloved family.. gambar aku je tak de sebab aku yang jadi photografer time tu... 

okeh... kalau dari segi harga pulak.. kalau tak silap aku dalam RM8 lebih la.. depends kepada lauk yang kau ambek... tapi standard dalam harga tu la..

nak datang..?? senang je.. aku rasa tengok map nie pun dah boleh cari tempat tu..










hari nie aku bukak puasa makan nasi beriyani lagi.. insyaallah malam nie aku rajin aku post la satu entry.. okeh..


buhbye!
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, August 15, 2011

Novel : Sebutir Pasir -Episod 2-

krriinnnggg.....!!!

loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pembelajaran sudah tamat. aku memandang jam tangan ku. tepat pukul 1.30 pm. pandanganku tertumpu pada rakan rakan sekelas yang berpusu pusu mahu pulang segera awal ke rumah.. tapi aku...? masih disini.. aku lebih suka keluar lambat.. tidak terlalu sesak dengan rakan sekolah yang lain..

aku memasukkan tangan ke dalam laci meja. mengambil segala buku teks mahupun nota lalu dimasukkan kedalam beg. hari isnin. memang beg akan sarat dengan segala buku teks. kalau ikutkan hati mahu saja aku tinggalkan dalam laci meja kelas aku.. tapi sudah ada kes buku teks kena rampas. dan aku tak mahu perkara itu terjadi pada diri ku sendiri. beringat sebelum kena.






"jat.." satu suara lantang memangil aku.. aku menoleh ke belakang.. 


"oh! wan.. ha.. apasal..? ada gosip terkini ke yang kau nak cerita kat aku nie.." aku saja mengusik wan. wan tertawa besar. memang wan dan aku suka bergurau. kalau orang yang tidak berapa sangat dengan kami pasti akan terasa dengan gurauan kami. sebab tu aku dan wan satu kepala. boleh masuk antara satu sama lain. 


" tak ada la.. kau nie... erm.. jat.. aku dengar parent kau dekat KL tu nak ajak kau tinggal dengan dia orang.. lepas nie kalau kau tak ada jat, sunyi la aku... siapa nak mandi sungai, tangkap ikan dengan aku..." ujar wan. beliau dengan selambanya duduk di atas meja sebelah ku. ku sekadar memerhati. membiarkan saja tingkah laku nya. malas nak di tegur. 


"entah la wan. aku rasa aku stay kat sini.. alang alang aku kat sini, biarlah aku habis kan sekolah kat sini.. lagi pun tinggal 5 bulan lagi kan nak spm.. lepas tu, aku yakin, kau pun dah bawa diri, aku pun dah bawa diri.. jumpa time raya je.. " aku memberi jawapan yang sedikit menyakinkan wan. wan hanya tersenyum.




PETANG itu, abah dan ibu sibuk mengemaskan barang barang mereka. mahu bertolak dari sini sebelum senja menjelang tiba. aku memasukkan sedikit buah yang boleh di bawa di sana. 


"abah.. buah mangga nie aizat letak dekat booth belakang k.. jangan lupa pulak.. nanti lebam mangga nie.." ujar ku sebagai peringatan kepada abah. abah hanya menggauk tanda faham.


tok wan dan opah yang duduk di dangan sambil menjamah sedikit biskut dan air kopi sekadar memerhatikan abah dan ibu bersiap untuk pulang. entah la... aku sendiri tidak tahu kenapa mengapa aku terasa sebak di saat abah dan ibu mahu pulang. tapi, aku tahan linangan air mata ku nie daripada ia terjatuh membasahi pipi aku.


"aizat.. abah balik dulu yer.. jaga diri baik baik.. tengok atuk ko dan opah tu.." abah memberi peringatan berupa nasihat kepada ku. ku membalas dengan senyuman tanda setuju. aku bersalam dengan abah dan mencium tangan nya. begitu juga dengan ibu. tapi.. tangan ibu segera di tarik pabila aku mencium tangannya. aku malas berfikir panjang. syurga terletak di telapak kaki ibu.


semakin jauh kereta abah pergi, semakin sebak di dada aku. entah la.. aku sendiri tidak pasti sama ada sukar atau tidak menerima pemergian abah kali nie.. untuk kembali lagi disini, aku sendiri tidak pasti bila. 


MALAM itu aku tiada mood untuk mengulankaji pelajaran. lagipun hari nie tiada sebarang kerja sekolah yang diberikan oleh guru. jadi, boleh la aku rehat kan minda sekejap.. lagi pun disaat ini fikiran ku sedikit terganggu. 


ku petik gitar mengikut alunan angin malam ini. tenang.. sepi.. dan sunyi.. seolah olah mengerti perasaan aku saat ini. semakin lama, aku semakin hanyut dengan alunan yang aku cipta sendiri itu. 


"assalamualaikum..." 


suara yang dari mana datangnya mengejutkan aku dari lamunan aku. aku tersenyum.. 


"eh.. dia buat apa datang malam malam nie.." aku menolog dalaman. mataku tepat memandang wajah aliya yang hanya mengenakan t-shirt dan seluar track. sungguh ayu dia di malam ini. di sebelahnya, kelihatan seorang kanak kanak comel. barangkali adiknya..


"aizat..sorrila ganggu u malam macam nie.. liya nak kasi bali bekas makanan yang opah bagi 3 hari lepas. dalam nie ibu liya ada masakkan sambal ayam.. ambil la.." liya mengulurkan bekas makanan itu kepada ku.. aku menyambut mesra.. ku bukak penutupnya.. baunya sudah cukup untuk membuatkan perutku berbunyi kembali.


"terima kasih ye liya.. susah susah jer... cakap dekat ibu liya, pandai ibu masak...untung aizat dapat bakal mak mertua macam ibu liya" usik ku. liya tersenyum malu. 


"nakal....." 










...bersambung...








-klik sini untuk episod terdahulu sebutir pasir-


»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, August 14, 2011

Novel : Sebutir Pasir -Episod 1-

aku melihat irina bermain dengan tompok.. kucing kesayangan ku.. diangkatnya.. di peloknya sekuat hati. aku sekadar melihat gelagat adik kecil ku itu. tidak ku larang perbuatannya itu. dua biji bebola mataku tertarik dengan dua pasang ekor burung mala kerbau yang kebetulan hinggap di dangau tempat aku duduk. mereka begitu mesra. tidak pasti hubungan mereka. jantan dengan betina atau ibu dengan anak..

"aizat... aizat macam mana nak? dah fikir dah apa yang abah cakap dengan aizat semalam..?" tok wan yang entah dari mana datangnya duduk disebelah ku. ditangannya, digengam secawan air kopi yang masih panas. memang kopi lah minuman kegemaran tok wan ku.

aku hanya membalas soalan itu dengan senyuman. kerna, hanya itu yang mampu aku lakukan. takut dijawab salah... tak jawab pun salah..








"kalau aizat nak duduk di kl tu dengan abah, ibu dan adik aizat,pergilah... tok wan dengan opah kau nie boleh duduk disini. nanti kalau kami ikut jat pergi kolumpo (kuala lumpur) tu, siapa nak tolong tengok kan ayam itik tok ni..." seloloh dengan jawapan tok wan ku itu. aku turut tertawa dengan apa yang disampaikan oleh tok wan tadi. 


PETANG itu aku ke padang. kali nie kedatangan ku bukanlah untuk bermain bola seperti waktu petang ku sebelum nie. kedatanganku lebih kepada melayan perasaan. tiada nafsu untuk beriadah. 


"Jat..! apahal lepak bawah pokok tu je..? meh a main sekali..!" jerit wan jauh jauh di hujung padang. aku sekadar mengangkat tangan tanda aku tidak berminat untuk bermain pada petang itu. wan salah seorang rakan baik aku dari kecil lagi. ingat lagi masa masa mula mula sekali aku datang ke kampung ini 7 tahun yang lalu. beliau lah yang membawa aku pusing pusing satu kampung dengan menaiki basikal. 


"hye.. jauh termenung... ingat dekat siapa tu..?" satu suara manje hinggap di telinga ku. aku menoleh ke kanan. tiba tiba anak mataku terpaut pada wajah yang ayu. 


"eh! aliya. duduk la.. tak mengelamun mana pun.. saja tengok member member main bola.." balas ku lembut. aliya yang baru sampai duduk disebelah ku. turut serta memerhatikan gelagat kawan kawan ku bermain bola. aku mengambil sebatang ranting kayu di hadapanku. lantas aku ukir sesuatu di atas tanah.


"aliya.. tengok nie..." ujarku. tumpuan aliya terus tertumpu di atas tanah yang aku coretkan.


H.O.L.L.A.N.D

"holland?? apa tu aizat..??" soal aliya kehairanan.. aku memandang aliya dengan secebis senyuman.

"hope our love last and never dies..." balas ku ringkas. aliya tersimpu malu. empat biji mata bertentangan. hatiku berdebar. aku pasti, aliya juga begitu.

"jat.. insyaallah... kalau itu yang aizat harapkan.. begitu juga dengan liya.. " ujar aliya ringkas. senyuman ku terus terukir di wajahku. begitu juga dengan aliya. 


MALAM itu, opah memasak lauk kegemaran aku. kailan ikan masin. aku, abah, irina, tok wan dan opah menikmati makan malam bersama. aku duduk di sebelah opah. ibu ku..? jauh dari pandangan ku.. yang pasti, dekat dengan irina. 

"aizat..? dah fikir dah apa yang abah cakapkan semalam?" abah memulakan bicara. tangannya mengangkat jug putih yang berisi air teh o ais lalu dituangkan ke cawannya..

"abah.. aizat dah fikir dah.. aizat rasa, aizat selesa berada disini. di sini, ia sudah sebati dengan hidup aizat.. biarlah aizat disini.. bersama tok wan.. dan opah.. lagi pun sebelum nie, aizat dengan mereka jugak kan..." aku menjawab  soalan abah dengan tenang.. aku memerhatikan abah.. abah juga begitu.. tok wan, opah dan ibu turut sama memerhatikan kami. barangkali ibu berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. 

"erm... kalau macam tu, tak apa lah.. abah hormati keputusan aizat..." abah sedikit mengeluh.. tapi jauh disudut hati aku, memang aku teringin bersama dengan mereka.. tapi.... cinta ku.. kasih ku... sayang ku... semuanya di sini... di sini...! 

selepas makan aku tidak terus tidur. aku mengambil angin malam di halaman rumah. tenang. cukup tenang dengan angin malam.. disyahdukan pula dengan bunyi unggas malam.  aku berfikir sejenak... ikhlas kah ajakan abah untuk membawa aku bersamanya.. atau ia hanya satu konspirasi?? bagaimana pula dengan tokwan... opah.... aliya kalau aku ke sana....

aarrghhhh....!!!!





...bersambung...


»»  BACA SELANJUTNYA...