HuzairieHusinBlog: Novel : Sebutir Pasir -Episod 1-

Sunday, August 14, 2011

Novel : Sebutir Pasir -Episod 1-

aku melihat irina bermain dengan tompok.. kucing kesayangan ku.. diangkatnya.. di peloknya sekuat hati. aku sekadar melihat gelagat adik kecil ku itu. tidak ku larang perbuatannya itu. dua biji bebola mataku tertarik dengan dua pasang ekor burung mala kerbau yang kebetulan hinggap di dangau tempat aku duduk. mereka begitu mesra. tidak pasti hubungan mereka. jantan dengan betina atau ibu dengan anak..

"aizat... aizat macam mana nak? dah fikir dah apa yang abah cakap dengan aizat semalam..?" tok wan yang entah dari mana datangnya duduk disebelah ku. ditangannya, digengam secawan air kopi yang masih panas. memang kopi lah minuman kegemaran tok wan ku.

aku hanya membalas soalan itu dengan senyuman. kerna, hanya itu yang mampu aku lakukan. takut dijawab salah... tak jawab pun salah..








"kalau aizat nak duduk di kl tu dengan abah, ibu dan adik aizat,pergilah... tok wan dengan opah kau nie boleh duduk disini. nanti kalau kami ikut jat pergi kolumpo (kuala lumpur) tu, siapa nak tolong tengok kan ayam itik tok ni..." seloloh dengan jawapan tok wan ku itu. aku turut tertawa dengan apa yang disampaikan oleh tok wan tadi. 


PETANG itu aku ke padang. kali nie kedatangan ku bukanlah untuk bermain bola seperti waktu petang ku sebelum nie. kedatanganku lebih kepada melayan perasaan. tiada nafsu untuk beriadah. 


"Jat..! apahal lepak bawah pokok tu je..? meh a main sekali..!" jerit wan jauh jauh di hujung padang. aku sekadar mengangkat tangan tanda aku tidak berminat untuk bermain pada petang itu. wan salah seorang rakan baik aku dari kecil lagi. ingat lagi masa masa mula mula sekali aku datang ke kampung ini 7 tahun yang lalu. beliau lah yang membawa aku pusing pusing satu kampung dengan menaiki basikal. 


"hye.. jauh termenung... ingat dekat siapa tu..?" satu suara manje hinggap di telinga ku. aku menoleh ke kanan. tiba tiba anak mataku terpaut pada wajah yang ayu. 


"eh! aliya. duduk la.. tak mengelamun mana pun.. saja tengok member member main bola.." balas ku lembut. aliya yang baru sampai duduk disebelah ku. turut serta memerhatikan gelagat kawan kawan ku bermain bola. aku mengambil sebatang ranting kayu di hadapanku. lantas aku ukir sesuatu di atas tanah.


"aliya.. tengok nie..." ujarku. tumpuan aliya terus tertumpu di atas tanah yang aku coretkan.


H.O.L.L.A.N.D

"holland?? apa tu aizat..??" soal aliya kehairanan.. aku memandang aliya dengan secebis senyuman.

"hope our love last and never dies..." balas ku ringkas. aliya tersimpu malu. empat biji mata bertentangan. hatiku berdebar. aku pasti, aliya juga begitu.

"jat.. insyaallah... kalau itu yang aizat harapkan.. begitu juga dengan liya.. " ujar aliya ringkas. senyuman ku terus terukir di wajahku. begitu juga dengan aliya. 


MALAM itu, opah memasak lauk kegemaran aku. kailan ikan masin. aku, abah, irina, tok wan dan opah menikmati makan malam bersama. aku duduk di sebelah opah. ibu ku..? jauh dari pandangan ku.. yang pasti, dekat dengan irina. 

"aizat..? dah fikir dah apa yang abah cakapkan semalam?" abah memulakan bicara. tangannya mengangkat jug putih yang berisi air teh o ais lalu dituangkan ke cawannya..

"abah.. aizat dah fikir dah.. aizat rasa, aizat selesa berada disini. di sini, ia sudah sebati dengan hidup aizat.. biarlah aizat disini.. bersama tok wan.. dan opah.. lagi pun sebelum nie, aizat dengan mereka jugak kan..." aku menjawab  soalan abah dengan tenang.. aku memerhatikan abah.. abah juga begitu.. tok wan, opah dan ibu turut sama memerhatikan kami. barangkali ibu berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. 

"erm... kalau macam tu, tak apa lah.. abah hormati keputusan aizat..." abah sedikit mengeluh.. tapi jauh disudut hati aku, memang aku teringin bersama dengan mereka.. tapi.... cinta ku.. kasih ku... sayang ku... semuanya di sini... di sini...! 

selepas makan aku tidak terus tidur. aku mengambil angin malam di halaman rumah. tenang. cukup tenang dengan angin malam.. disyahdukan pula dengan bunyi unggas malam.  aku berfikir sejenak... ikhlas kah ajakan abah untuk membawa aku bersamanya.. atau ia hanya satu konspirasi?? bagaimana pula dengan tokwan... opah.... aliya kalau aku ke sana....

aarrghhhh....!!!!





...bersambung...


3 orang gemar komen entry aku:

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)