HuzairieHusinBlog: Novel : Sebutir Pasir -Episod 2-

Monday, August 15, 2011

Novel : Sebutir Pasir -Episod 2-

krriinnnggg.....!!!

loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pembelajaran sudah tamat. aku memandang jam tangan ku. tepat pukul 1.30 pm. pandanganku tertumpu pada rakan rakan sekelas yang berpusu pusu mahu pulang segera awal ke rumah.. tapi aku...? masih disini.. aku lebih suka keluar lambat.. tidak terlalu sesak dengan rakan sekolah yang lain..

aku memasukkan tangan ke dalam laci meja. mengambil segala buku teks mahupun nota lalu dimasukkan kedalam beg. hari isnin. memang beg akan sarat dengan segala buku teks. kalau ikutkan hati mahu saja aku tinggalkan dalam laci meja kelas aku.. tapi sudah ada kes buku teks kena rampas. dan aku tak mahu perkara itu terjadi pada diri ku sendiri. beringat sebelum kena.






"jat.." satu suara lantang memangil aku.. aku menoleh ke belakang.. 


"oh! wan.. ha.. apasal..? ada gosip terkini ke yang kau nak cerita kat aku nie.." aku saja mengusik wan. wan tertawa besar. memang wan dan aku suka bergurau. kalau orang yang tidak berapa sangat dengan kami pasti akan terasa dengan gurauan kami. sebab tu aku dan wan satu kepala. boleh masuk antara satu sama lain. 


" tak ada la.. kau nie... erm.. jat.. aku dengar parent kau dekat KL tu nak ajak kau tinggal dengan dia orang.. lepas nie kalau kau tak ada jat, sunyi la aku... siapa nak mandi sungai, tangkap ikan dengan aku..." ujar wan. beliau dengan selambanya duduk di atas meja sebelah ku. ku sekadar memerhati. membiarkan saja tingkah laku nya. malas nak di tegur. 


"entah la wan. aku rasa aku stay kat sini.. alang alang aku kat sini, biarlah aku habis kan sekolah kat sini.. lagi pun tinggal 5 bulan lagi kan nak spm.. lepas tu, aku yakin, kau pun dah bawa diri, aku pun dah bawa diri.. jumpa time raya je.. " aku memberi jawapan yang sedikit menyakinkan wan. wan hanya tersenyum.




PETANG itu, abah dan ibu sibuk mengemaskan barang barang mereka. mahu bertolak dari sini sebelum senja menjelang tiba. aku memasukkan sedikit buah yang boleh di bawa di sana. 


"abah.. buah mangga nie aizat letak dekat booth belakang k.. jangan lupa pulak.. nanti lebam mangga nie.." ujar ku sebagai peringatan kepada abah. abah hanya menggauk tanda faham.


tok wan dan opah yang duduk di dangan sambil menjamah sedikit biskut dan air kopi sekadar memerhatikan abah dan ibu bersiap untuk pulang. entah la... aku sendiri tidak tahu kenapa mengapa aku terasa sebak di saat abah dan ibu mahu pulang. tapi, aku tahan linangan air mata ku nie daripada ia terjatuh membasahi pipi aku.


"aizat.. abah balik dulu yer.. jaga diri baik baik.. tengok atuk ko dan opah tu.." abah memberi peringatan berupa nasihat kepada ku. ku membalas dengan senyuman tanda setuju. aku bersalam dengan abah dan mencium tangan nya. begitu juga dengan ibu. tapi.. tangan ibu segera di tarik pabila aku mencium tangannya. aku malas berfikir panjang. syurga terletak di telapak kaki ibu.


semakin jauh kereta abah pergi, semakin sebak di dada aku. entah la.. aku sendiri tidak pasti sama ada sukar atau tidak menerima pemergian abah kali nie.. untuk kembali lagi disini, aku sendiri tidak pasti bila. 


MALAM itu aku tiada mood untuk mengulankaji pelajaran. lagipun hari nie tiada sebarang kerja sekolah yang diberikan oleh guru. jadi, boleh la aku rehat kan minda sekejap.. lagi pun disaat ini fikiran ku sedikit terganggu. 


ku petik gitar mengikut alunan angin malam ini. tenang.. sepi.. dan sunyi.. seolah olah mengerti perasaan aku saat ini. semakin lama, aku semakin hanyut dengan alunan yang aku cipta sendiri itu. 


"assalamualaikum..." 


suara yang dari mana datangnya mengejutkan aku dari lamunan aku. aku tersenyum.. 


"eh.. dia buat apa datang malam malam nie.." aku menolog dalaman. mataku tepat memandang wajah aliya yang hanya mengenakan t-shirt dan seluar track. sungguh ayu dia di malam ini. di sebelahnya, kelihatan seorang kanak kanak comel. barangkali adiknya..


"aizat..sorrila ganggu u malam macam nie.. liya nak kasi bali bekas makanan yang opah bagi 3 hari lepas. dalam nie ibu liya ada masakkan sambal ayam.. ambil la.." liya mengulurkan bekas makanan itu kepada ku.. aku menyambut mesra.. ku bukak penutupnya.. baunya sudah cukup untuk membuatkan perutku berbunyi kembali.


"terima kasih ye liya.. susah susah jer... cakap dekat ibu liya, pandai ibu masak...untung aizat dapat bakal mak mertua macam ibu liya" usik ku. liya tersenyum malu. 


"nakal....." 










...bersambung...








-klik sini untuk episod terdahulu sebutir pasir-


0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)