HuzairieHusinBlog: Novel : Sebutir Pasir -Episod 3

Saturday, August 20, 2011

Novel : Sebutir Pasir -Episod 3

tinggal satu minggu lagi peperiksaan SPM.. aku masih lagi leka dibuai mimpi. walaupun opah sering beringatkan aku mengenai perjuangan aku masa kini. tok wan yang masih duduk di dangau bawah rumah aku dekati. diam. tidak berkata walau sepatah. saja aku duduk berhampiran dengannya. di tangannya, di balutnya sebatang rokok daun dengan tembakau. dikeluarnya petik api. aku memerhati gelagat tok wan. di hembusnya asap rokok itu perlahan lahan. di sedut dan dihembusnya lagi. berulang kali.








"tok..." aku memulakan bicara. tok wan memalingkan wajahnya kepada ku tanda menyahut panggilan ku.


"lepas aizat habis SPM nie, insyaallah aizat dapat sambung belajar, tok dengan opah duk berdua je la ea.." aku meluahkan apa yang tersirat.. ya. memang berat hati ini untuk meninggalkan antara orang yang aku sayang. selain aliya. bagi aku, tok wan dengan opah merupakan orang yang sering menjadi inspirasi dan motivasi kepada aku. di saat aku jatuh, sakit.. merekalah yang sering kali berada di sisi aku. memberi aku semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini.


"ala jat... tok dengan opah dah biasa dah.. pergi la kalau jat dapat sambung belajar.. itu kan masa depan aizat.. nanti kalau cuti semester tu boleh la balik kampung balik.. tengokkan kerbau atok tu..." tok wan membalas pertanyaan ku dengan sedikit helai tawa. begitu juga dengan aku. tercuit hati ku dengan kata kata atok. memang aku dengan kerbau tok wan memang rapat. ingat lagi masa kerbau tok masih lagi kecil. aku lah yang sering bawak kerbau atok ke sawah belakang rumah. meragut rumput disana.. kini.. ia sudah besar. masih lagi mengenal diri ku yang menjadi rakan sekawannya suatu ketika dulu.


xxxxxxxxxxxxxxxxx

pagi itu aku sedikit berdebar memasuki dewan peperiksaan. doa penenang hati sudah berapa kali aku baca. tapi, masih lagi jantungku berdengup kencang. mungkin ini exam  yang pertama. biasalah. 

pengawas peperiksaan sedang asyik berjalan mengawas calon calon peperiksaan.namun aku tidak endahkan semua itu. semua soalan aku jawab dengan tenang dan kemas. walapun paper bahasa melayu merupakan subjet pilihan ku, aku tidak boleh terlalu yakin. takut memakan diri sendiri. 

2 jam berlalu. ketua mengawas mengarahkan semua calon meninggalkan dewan dengan senyap mengikut turutan. barisan ku barisan yang terakhir keluar. aku lihat aliya berjalan keluar dengan wajah yang ceria. mungkin firasat ku dia dapat menjawab semua soalan dengan tenang.

"hai encik aizat.." sapa aliya yang entah dari mana datang nya. aku memalingkan wajah ku ke belakang. ku lihat senyuman manja aliya terukir. aku membalas senyuman itu. 

"hya cik aliya.. so, macam mana paper tadi.. i tengok u happy jer.." aku cuba meneka jawapan di sebalik persoalan ku. aliya maju setapak dan duduk disisi ku. aku memasukkan semua peralatan tulis ke dalam beg tanpa memperdulikannya.

"ok lah.. cuba time karangan tadi rasanya macam melalut sikit la.. sebab banyak sangat nak liya cerita.. hehe" jawab liya dengan nada yang riang. aku turut merasakannya. 

"insyaallah.. yang penting liya dah buat yang terbaikkan.. insyaallah liya akan dapat result yang gempak lagi superb..." aku memberikan sebutir harapan kepada liya. liya hanya ketawa kecil dengan kata kata aku.

"insyaallah aizat.. liya pun doakan yang sama untuk aizat.."



-bersambung-

1 orang gemar komen entry aku:

  1. mama singgah sini baca novel tgh2 malam..sorila..mama bz je dua tiga hari ni..hu2x..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)