HuzairieHusinBlog: Novel : Sebutir Pasir

Sunday, August 14, 2011

Novel : Sebutir Pasir

PROLOG

Jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. aku masih mencari ketenangan di malam yang sepi ini. ku lihat opah ku sudah lena dibuai mimpi. ku tatap wajahnya sedalam dalamnya. tenang. setenang air di tasik yang bisa membuatkan diri ini dibuai seribu khayalan. aku pusing ke kanan.. ke kiri.. dan ke kanan kembali.

"ah.! apahal susah pulak malam ni nak tidur.. " aku mengeluh panjang. mungkin aku berdebar debar untuk menghadapi peperiksaan akhir keesokkan harinya. dari segi persediaan rohani, aku sudah bersedia.. apatah lagi jasmani.. 

"aizat... ingat pesan opah... nak exam nie cara makan kena jaga sikit..." opah ku memberi nasihat yang entah ke berapa kali agaknya. orang lama. mungkin mereka lebih tahu dari aku. mungkin pepatah terlebih makan garam sesuai untuk opah aku. nasihat dimana mahu melihat cucunya mengapai kejayaan.




"aizat... bangun jat... dah pukul berapa dah nie..nak mandi lagi, nak solat subuh lagi.. nanti lambat pulak..." opah ku mengerakkan kaki ku menandakan sudah tiba untuk bangun pergi ke sekolah. begitulah aku setiap hari. setiap pagi. walaupun jam loceng di sebelah telinga, tidak ku endahkan. 

AKU lihat ramai orang berdiri di luar dewan. memegang senaskah buku untuk persedian kali terakhir. aku..? hanya berdiri memerhatikan ragam dan gelagat kawan kawan yang lain.. kata kata cikgu haslinda, guru kaunseling sekolah aku, sekolah menengah limau batu masih segar di ingatan ku.

"aizat.. sebelum masuk dewan lebih baik kita tenangkan diri kita. kurangkan bercakap.. kerna, bila kita banyak bercakap sebelum melangkah kaki ke dewan, fokus kita akan kurang. mungkin boleh hilang.." 

sebab itulah aku nampak lebih bersahaja. hanya memegang sebatang pen, pembaris, pensil dan pemadam. kerna aku yakin dengan persediaan yang aku lakukan.


xxxxxxxxxxxxxxxxx


AKU terpegun melihat sebuah kereta mewah berdiri megah di bawah bangsal rumah ku. tak pasti siapa yang bertandang di waktu begini. aku melangkah kaki memasuki ruang utama rumah ku..

"Assalamualaikum.." aku memberikan salam. 10 pasang mata tepat memandang ke arah ku. kehairanan. aku meletakkan beg sekolah ku di di sebelah meja belajar ku.

"aizat... aizat apa khabar... sihat...? soal seorang lelaki yang aku rasa kenal. ku tatap wajahnya sedalamnya.. oh! dia rupanya..

"oh abah.. alhamdulillah sihat... abah sihat..?" soal ku. abah ku sekadar menganguk sebagai jawapan kepada persoalan ku. 

hati ku diketuk dengan 1001 soalan.. kenapa sekarang baru muncul di hadapanku..? setelah 4 tahun sepi tanpa berita, baru sekarang menjelma tiba. 

petang itu aku berada di tempat yang selalu memberi aku ketenangan. di pondok di mana berhadap dengan sawah padi terbentang luas. ku lihat, seorang kanak kanak berpakaian cantik. dari segi fizikalnya, aku beranggapan dalam 4-5 tahun umurnya. abah memegang bahu ku. aku sekadar melemparkan senyuman nipis. ibuku sekadar melihat dari jauh bersama kanak kanak itu..

"aizat.. ni adik aizat.. irina namanya.. baru berusia 4 tahun.." abahku membuka bicara. aku sekadar hanya mampu tesenyum. mulutku seolah berat untuk berbicara. ku tatap irina yang abahku katakan tadi. jauh..! jauh dibandingkan dengan aku. aku hanya berpakaian baju comot, bersilipar jepun.. penampilan ku jauh lebih teruk dari adik ku..

"kenapa baru sekarang datang cari aizat bah?? 4 tahun... "

"hmm... jat.. abah memang nak datang sini.. tengok jat.. tengok opah dan tok wan.. tapi masa tu irina baru lahir.. ibu pun kurang sihat..." abah memberi penjelasannya.. ah..! semua itu alasan.. benarlah kata orang kalau hendak seribu daya.. 

aku bingkas bangun.. menghampiri bibir batas sawah.. abah sekadar mengekori ku dari belakang. ku biarkan abah mengekori ku. barang kali mahu memujuk hati ku. 

"aizat.. tenangkan dekat sini. sawah nya hijau... anginnya sepoi bahasa.. seronok dekat sini ya jat.." ujar abah. dari riak wajahnya,dia mahu mengambil hati ku yang dihimpit kekecewaan. 

"sebab itu aizat suka duduk disini bah.. tenang.. tak macam kat KL tu.. serabut sana sini.. " aku meluahkan pendapat ku. hakikatnya, duduk di kampung memang jauh beza duduk di bandar. di bandar keadaanya memang menguji minda dan kesabaran diri.

"jat.. abah, ibu dan irina datang sini nak bawa aizat duduk dengan kami dekat kl. abah dah bincang dengan opah dan tokwan sebelum aizat balik sekolah tadi. mereka bersetuju. aizat macam mana? setuju...? abah menyatakan hasrat sebenar hati nya. aku lantas bertentang mata dengan abah.. terkejut... terkejut dengan apa yang di dengar tadi..

"tapi abah......."



...bersambung...

2 orang gemar komen entry aku:

  1. "Aizat..life full with unexpected things. Howevr its must go on for a better future...Everything that happend either good or bad,must be a reason.need to take it positive coz only Allah knows."
    Ayie,good job...
    sazzy aziz

    ReplyDelete
  2. best baca novel zairie kat sini...tahniah ya..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)