HuzairieHusinBlog: Tips & Panduan Membeli Laptop Baru & Terpakai

Thursday, August 4, 2011

Tips & Panduan Membeli Laptop Baru & Terpakai

okeh! sebenarnya entry nie member opis aku yang request.. dia suruh aku bagi tips sikit pasal nak beli laptop baru or secondhand... sekarang dah tak macam dulu dah.. boleh kata, sorang tu comfirm kena ada lappy.. teruatamanya student la kan.. senang nak buat assingment.. senang jugak nak copy paste assiment member... kehkeh...

okeh.. puas membebel.. aku akan share kan sikit tentang tips untuk membeli laptop baru terutamanya.. 




asus.. lappy yang baru aku sambar bulan 4 dulu.. kecik.. mutu dan bergaya... ceh!




1. Tujuan beli

Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.




2. Budget Anda


Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.


3. Warranty @ Jaminan


Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.


4. Survey @ Tinjauan



Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.



5. Tanya orang yang pakai Laptop


 Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.



6. Brand @ Jenama Laptop




Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli. 


7. Bantuan


Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.




dengan tips yang aku share nie, hope dapat membantu mereka yang nak beli lappy baru nie... okeh..?







1 orang gemar komen entry aku:

  1. wah bagusnya..panduan dari zairie buat semua yg ingin membeli laptop baru !!...

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)