HuzairieHusinBlog: September 2011

Friday, September 30, 2011

Pembentangan Bajet 2012 Malaysia | 07 Oktober 2011

pembentangan bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 oktober 2011 ini dan sudah pastinya golongan tertentu menanti saat ni.. antaranya adalah kakitangan awam.



antara ungkapan perdana menteri tempoh hari ialah

Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober,
2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

“Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.

“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini hari ini.

Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.

“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib berkata kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mentransformasikan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menjelang  2020.

Beliau juga berkata Rancangan Malaysia Kesepuluh menggariskan strategi-strategi jangka sederhana manakala Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi ekonomi dan kerajaan.

Perdana Menteri berkata inisiatif dasar ini diperkukuh menerusi prinsip 1Malaysia, dengan setiap rakyat Malaysia mempunyai tempat dan peranan dalam “perjalanan transformasi terhebat ini”.

Proses transformasi

“Kini, kita perlu merealisasikan jangkaan-jangkaan yang terhasil menerusi kerangka kerja dasar ini. Kata kuncinya ialah pelaksanaan. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan proses transformasi,” katanya.

Najib juga bangga terhadap kemajuan besar yang dicapai menerusi GTP dan ETP.

Beliau berkata GTP menghasilkan keputusan yang ketara dalam mengurangkan jenayah, kemiskinan dan rasuah, selain meningkatkan akses kepada infrastruktur asas, keputusan pendidikan dan pengangkutan awam bandar.

“Walaupun kita bangga terhadap pencapaian ini, banyak lagi yang perlu dilakukan. Dalam hubungan ini, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk melaksanakan enam Bidang Keberhasilkan Utama Negara (NKRA) untuk rakyat,” katanya.

Mengenai ETP, Najib berkata sejak pelancarannya pada 25 Oktober tahun lepas, 54 projek permulaan (EPP), yang merupakan 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi.

“Pelaburan berjumlah RM106.4 bilion dijangkakan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM153.8 bilion dan mewujudkan 298,865 peluang pekerjaan.

“Ia merupakan pencapaian yang ketara dalam tempoh yang pendek dan momentum itu perlu dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, pelaksanaan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), serta aktiviti pelaburan yang semakin meningkat di koridor-koridor wilayah, terutama di Iskandar Malaysia, akan membantu mengekalkan momentum pertumbuhan.

“Kita berjaya menangani kelembapan ekonomi dunia. Ekonomi pulih dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 7.2 peratus pada 2010, melepasi unjuran awal sebanyak 7.0 peratus,” katanya.

Najib berkata prestasi pertumbuhan yang menggalakkan ini disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang pesat.

“Bagi 2011, kita berusaha untuk mencatat pertumbuhan 6.0 peratus,” kata Perdana Menteri, dan menambah “cabaran terus wujud”.
- Bernama
»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, September 29, 2011

Gambar Penuh Majlis Persandingan/Perkhawinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

assalamualaikum.

taniah buat norman hakim-memey suhaiza atas perkhawinan mereka. tak sangka, cinta memang tak kenal usia. jarak usia mereka kalau tak silap 10 tahun bezanya. jauhkan?

Gambar dan serba sedikit perjalanan perkahwinan "wedding of the year 2011"






1. Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi tiba 15 minit lebih awal daripada pengantin lelaki ketika majlis pernikahan.

2. Oleh kerana ruang kediaman keluarga Memey agak sempit, ramai ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan. Sebaliknya, mereka hanya melihat di skrin televisyen yang disediakan di luar rumah.






3. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan pasangan kontroversi ini.

4. Selain menyarungkan cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang, Norman turut menghadiahkan seutas rantai kepada Memey.

5. Sebaik sahaja pasangan ini disahkan sebagai suami-isteri, bumi Felda Tenggaroh Selatan 1 terus dibasahi hujan.




6. Sebanyak 10 buah khemah telah dipasang untuk tetamu yang hadir. Lapan untuk tetamu biasa dan dua lagi untuk rombongan pengantin lelaki, VIP dan juga pihak media.

7. Anak-anak Norman, Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, mengenakan pakaian berwarna merah jambu untuk kedua-dua majlis tersebut.


8. Ramai tetamu yang berasa hampa kerana tidak berkesempatan untuk bergambar dengan pasangan pengantin kerana kawalan yang terlalu ketat oleh pihak RELA. Walaupun begitu, ramai yang sanggup berhujan semata-mata untuk melihat pengantin ini dari dekat.




9. Pelamin pernikahan dan persandingan pasangan ini dianggarkan berharga RM20,000 dan ia menggunakan kira –kira 2,000 kuntum bunga termasuk 750 kuntum bunga-bungaan segar yang terdiri daripada orkid, kekwa dan daisi. Pelamin ini direka dan ditaja oleh Iezla Bridal House, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.











to norman hakin-memey, selamat pengatin baru sekali lagi dan selamat berbahagia hingga ke anak cucu.
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, September 28, 2011

600000 Ribu Pageviews Blog ZairieHusin.com

sekejap je masa berlalu... begitu pantas.. kesibukkan membuatkan aku semakin jarang update.

fast update.



600000 ribu pageview setakat ini dengan 914 post..


target aku seterusnya sudah pasti 1 ribu post dan 1 juta entry.. insyaallah.
»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, September 26, 2011

Cara Bagaimana Mahu Meningkatkan Keyakinan Diri | How To Build Up Self Confidence


assalamualaikum.

memandangkan aku pengerusi kelab pengucapan awam "nampak beno..~ berlagaknyer.. haha" aku sudilah share dengan rakan rakan pembaca aku sekalian, bagaimana mahu meningkatkan keyakinan diri..?

How build up self confidence?







apa yang nampak sekarang nie, menjadi seorang blogger memerlukan keyakinan diri yang tinggi... kerana apa? sebab kita bertanggungjawap terhadap kesemua hasil tulisan kita... betul tak kawan kawan?


then, blogger jugak selalu meet each others.. selalu buat gathering... buat itu.. buat ini... 


aku selalu jugak join gathering blogger nie... kebanyakkannya aku join comunity nuffnang.. mostly yang pergi sana tu, banyak yang malu malu kucing...


come on guys..! dont be shy.. dalam entry blog bukan main lagi.. hihi...












okeh...! aku bagi 5 tips dulu ok...? maybe aku akan buat part 2 pulak.. 




1. sentiasa berpakaian kemas.


---> ini yang sentiasa aku amalkan.. berpakaian kemas.. ok.. for example, bila kita berpakaian kemas, automaticly our self confidence akan build up. kita nak bercakap dan berhadapan dengan orang lain kita tidak rasa takut.




2. Berjalan Pantas


---> salah satu cara nak bagitahu bagaimana seseorang itu rasa adalah dengan cara dia berjalan... macam mana dia berjalan?? longlai ke? lemah lembut ke?? energatic and purposeful ke? 


semua tu mempengaruhi self confidence kita.. orang yang confidence akan berjalan dengan laju. cepat.. pantas. 


fakta : berjalan dengan 25% pantas akan melihatkan anda lebih confidence.




3. Good Posture


---> erkk good posture dalam bahasa melayu apa ea?? rasanya gaya tubuh yang baik.. kalau salah sila betulkan di ruangan komen yer.


biasanya, cara seseorang itu menyakinkan orang lain adalah dengan bercerita. bila bercerita, dia akan mengunakan pergerakkan tubuh dia sepenuhnya... pernah pergi ceramah, atau taklimat..? adakah diaorang nie berdiri tegak je?? fikirkan.




4. Duduk Di Barisan Hadapan Sekali.


---> biasanya kalau kat sekolah ke, dalam barisan ke, most person suka lepak kat belakang sekali.. relax.. tak ada preasure sangat than mereka yang berada di saf paling hadapan sekali.


secara tak langsung ia akan mempengaruhi self confidence kita sendiri..? percaya tak? 


bila duduk di saf paling hadapan sekali, kita dapat mengatasi ketakutan yang tidak rasioal atau irrational fear ... betul tak?




and the last one..


5. Bercakap


---> lupa pulak.. macam mana nak build up self confidence kalau tak bercakap.. betul tak..? senang je.. banyakkan bercakap..






dapat??? nanti aku akan update 5 lagi cara tingkatkan keyakinan diri kita.. salam... :D





»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, September 25, 2011

Kenali Rakan Zairie Husin Di Kolej Perwira, UTHM

memandangkan hari nie aku malas nak bermain dengan SEO, aku buat entry santai la.. buat entry suai kenal dengan budak budak rumah aku dekat UTHM nie.. boley??



nie aku... entah bila la budak rumah aku snap gambar aku nie.. selamat kacak aku dari belakang.. hikhik



yang tak pakai cermin mata tu budak bilik aku... makin lama aku kenal dia nie, makan masuk air aku dibuatnya.... ops.. lupa.. nama dia aizat.. dah ada awek pun.. hehe


ini pulak  member rumah aku... Fadzli nama nya.. kita orang panggil dia dak abang.. umur dia...? 28.. dan sudah berkhawin dan punyai anak baru 2 tahun kalau tak silap.. dan sangat comel anak dia.. cute.. hihi..



yang 3 orang lagi tu nama dia Zulfairi (Fai), Khuzaini (Ah Lock) dan Farid.. semua budak kejuruteraan awam.. kecuali Fai je budak IT. 




Seterusnya.. yang paling pendek tu nama dia hasif.. budak IT jugak.. yang paling depan tu ammal.. orang yang sangat addict dengan K-Pop



ni lah gelagat budak budak rumah aku.. macam macam skill ada.. macam macam perangai ada.. ada perangai masuk air ada perangai berjiwa romantik.. salah seorangnya aku lah.. haha



sekian daripada kami... kami datang dengan harapan dan kami akan pulang dengan kejayaan.. insyaallah... semuanya adalah bakal Engineer dan bakal Programmer.. amin..~
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, September 24, 2011

Kisah Malam Pertama Suami Isteri


Fuyooooooo.. . ..nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. 




Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.


Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... 


tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?... .Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja cam gini.


Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan.. .

takkan nak duduk je sampai pagi beb."Abg ngantok??" isteriku bersuara..

berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... .cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)

Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg.. . abg blom ngantok lagikkk

"Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen... berdiri... lalu meluru mendapatkan suis lampu... ..tup!... ..lampu dimatikan... ... gulap gulita.


BEEEPPPPPPPP! !!!! BEEEEEEPPPPPP! !!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!Maner punyer hamlao sudah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah... .aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring... ... 




.BEEEEEEEPPPPPPP! !!!!BEEEEEEPPPPP P!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii!"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tuuuuuuu... .

pergilah response duluuuu" keluh isteriku.Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... .dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. 


Biler sajer aku keluar dari bilek... org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. 


Mereka terus memerhatikan aku... .ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan


"Astaghfirullaaaahh hhhhhhhh! !!!"


dia beristighfar"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua akuSEKIANPengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan.



Pengajaran : 

Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan.



»»  BACA SELANJUTNYA...

Biodata Najwa Latif [Penyayi Lagu Cinta Muka Buka]

najwa latif....? oo..... penyayi lagu tema facebook tu ea?? erkk... sejak bila facebook ada lagu tema nie... 

first aku dengar lagu nie ok la.. not bad.. boleh la kalau nak have fun ngan lagu nie.. ahaks!





BIODATA NAJWA LATIF


Nama Penuh : Imratul Najwa Binti Abdul Latif


Nama Manja : Najwa Latif


Tarik Lahir : 23 may 1995


Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor


Status : Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat,Johor


Blog : www.najwalatifs.blogspot.com


Facebook Fan Pages : Najwa Latif


Youtube : Najwa Latif






pesanan untuk adik najwa latif :


muzik muzik jugak ye dik.. tahun depan nak SPM dan.. its more important than what you have now. lepas abes SPM tu nyayi a puas puas.. nak lagi hebat sambung belajar.. macam farid kamil contohnya.. ok..


all the best to najwa latif.
»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, September 23, 2011

Kenali Blogger Baru - Blogger Yaya-

slot kenali blogger is back... erm.. dah lama kan aku tak buat slot nie.. antara blogger yang makin maju dalam berblog ialah mama aini dan bro yul..

honestly, apa yang aku nampak kedua dua blogger nie dah makin ada "x-factor" yang tersendiri. mama dengan blog peribadinya dan yul dengan blog SEO nyer.. taniah.. terus berblog. bukan mudah menjadi seorang blogger.

tak perlu kita bazir masa lagi, zairie cuba share ilmu blog dengan blogger baru nie.. blogger yaya.




erm... yaya banyak cakap.... banyak cakap ke...? hehe


hampir sejam aku dok mentelaah blog cik yaya nie, ia memang blogger fresh..  dont know nothing about blog.. but its ok.. we'll teach and guide you become a good blogger one day.


ok.. let we start.. nak start dari mana dulu yer.. ok.. better start dari atas ke bawah.


HEADER BLOG

blog cik yaya tak ada header la.. so, di situ dah hilang ceria dah.. pendapat zairie, lebih afdal cik yaya cuba buat header mengikut kesusaian blog. boleh buat guna adobe photoshop or suruh je orang buat.



contoh header.. nampak tak blogger kacak tu?? kacak kan...? hehehe


percayalah, header is one first impression visitor yang datang.. kalau header menarik, pasti mereka akan scroll bawah lagi.



READ MORE POST 


Sesetengah blogger tak hirau kan read more nie.. tapi bagi blogger yang mementingkan load blog and kekemasan blog, read more merupakan jalan penyelesaiannya.


nampak kita nyer post lebih menarik dan kemas kan... betol tak mama? hehe

zairie tengok, entry cik yaya nie ada yang panjang sampai cecah lantai dan ada yang tak cecah lantai langsung.. nampak tak kemas.. tak teratur.. so, pendapat zairie, sila lah search kat google tu cara nak buat readmore untuk blogspot.. hehe

lagi 1, tak perlu la letak 10 entry untuk main page.. letak 4-5 entry untuk main page dah ok dah.. caranya :

go to setting -> formatting -> tengok show at most, masukkan angka 4 or 5..


MUZIK

1st masuk blog cik yaya nie, terkejut mak... dah la tengah layan lagu siti nurhaliza sambil cucuk handfree.. ades.. selamat mak tak ada lemah jantung.. huhu..



so, nasihat zairie, silalah remove lagu di blog anda.. kadang kadang orang masuk blog kita bukan nak dengar muzik di blog kita.. tetapi membaca hasil karya kita. 



OTHER TIPS :

1. Selalulah buat blogwalking ke blog blog lain.. selalu join comunity blogger. tanya mama macam mana tips blogwalking yang berkesan.. mama selalu blogwalking.. hehe [cik yaya boleh baca tips blogging di sini]


3. cukup la buat masa nie ok.. terlalu banyak tak elok jugak.. nanti kalau ada masalah, boleh PM zairie.. 


gud luck to yaya yang sangat becok nie.. tak reti dok diam.. hahaha..







P/S : singgah blog cik yaya sambil follow sekali.. 
»»  BACA SELANJUTNYA...

Video Youtube Ramli Manchester United 2011 | Koleksi Video Iklan Telekom Malaysia (TM)


Anda kenal Ramli Manchester United yang memakai jersi 87? sudah pasti tak kan...? yang aku kenal pun ramly burger.. hihi..

entry nie tak mau emo emo dah.. mau happy happy.. mau gelak sikit..

hari tu time lepak kat kedai makan aku boleh bantai gelak sebab tengok iklan TM nie.. serius lawak beb..! tapi best... maksud lawak aku tu kira macam tak sangka la TM boleh buat iklan macam tu.. rakyat malaysia main Man Utd.. 






Fuh..! bangga jugak bila ada salah seorang rakyat malaysia dapat main kat EPL.. the Ramli Manchester United.








terbaik kan..?


baru lah dinamakan MALAYSIA BOLEH..!
»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, September 22, 2011

Kenapa awak mudah sangat percaya cakap dia?

assalamualaikum.


memandangkan malam nie aku agak emo, aku nak karang entry yang emo. entry luahan perasaan hati dan sanubari.


 honestly, aku bukanlah blogger yang suka menulis kisah hidup aku di blog. but sometimes, as blogger, blog one of our daily diary. share our feeling, and share our knowledge.






[Gambar : menilai orang dari pandangan belakang bukanlah satu perkara yang bijak... dont judge the book from the cover]






menilai dari pandangan mata kasar dan menilai dari pandagan hati merupakan 2 aspek yang berbeza. menilai dari mata kasar bererti kita hanya menilai seseorang itu dari percakapan orang lain. entah ke ya. entah kan tidak. 

adakah orang cukup memahami perasaan kita? adakah dengan berkenalan seminggu dua memberi tanda kita sudah mengenali sesorang itu 100% ..?

tepuk dada tanya diri sendiri.



jika ditanya pada aku sendiri, sudah pasti tidak. kawan yang baik, adalah kawan yang pandai menjaga hati dan perasaan kawannya. walaupun dengan nada bergurau. perlu di ingat.. setiap manusia mempunyai hati dan perasaan. hati yang perlu di jaga dan persaan yang perlu di kongsi bersama.

bukan la marah.. apatah lagi melenting. cuma terkilan dengan sikap sesetengah mereka yang cepat mempercayai dengan kata kata seseorang tanpa usul periksa..

persoalannya.. kenapa cepat kita mempercayai mereka sedangkan kita tidak tahu kesahihan sesuatu fakta itu..?


itu lah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. termasuklah aku sendiri. terlalu cepat mentafsir sesuatu fakta itu.




manusia... manusia... dan manusia...




-sekian-








p/s: entry ini adalah luahan hati penulis. mohon seribu kemaafan jika ada yang terasa. 
»»  BACA SELANJUTNYA...