HuzairieHusinBlog: Gambar Penuh Majlis Persandingan/Perkhawinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Thursday, September 29, 2011

Gambar Penuh Majlis Persandingan/Perkhawinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

assalamualaikum.

taniah buat norman hakim-memey suhaiza atas perkhawinan mereka. tak sangka, cinta memang tak kenal usia. jarak usia mereka kalau tak silap 10 tahun bezanya. jauhkan?

Gambar dan serba sedikit perjalanan perkahwinan "wedding of the year 2011"






1. Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi tiba 15 minit lebih awal daripada pengantin lelaki ketika majlis pernikahan.

2. Oleh kerana ruang kediaman keluarga Memey agak sempit, ramai ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan. Sebaliknya, mereka hanya melihat di skrin televisyen yang disediakan di luar rumah.






3. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan pasangan kontroversi ini.

4. Selain menyarungkan cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang, Norman turut menghadiahkan seutas rantai kepada Memey.

5. Sebaik sahaja pasangan ini disahkan sebagai suami-isteri, bumi Felda Tenggaroh Selatan 1 terus dibasahi hujan.




6. Sebanyak 10 buah khemah telah dipasang untuk tetamu yang hadir. Lapan untuk tetamu biasa dan dua lagi untuk rombongan pengantin lelaki, VIP dan juga pihak media.

7. Anak-anak Norman, Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, mengenakan pakaian berwarna merah jambu untuk kedua-dua majlis tersebut.


8. Ramai tetamu yang berasa hampa kerana tidak berkesempatan untuk bergambar dengan pasangan pengantin kerana kawalan yang terlalu ketat oleh pihak RELA. Walaupun begitu, ramai yang sanggup berhujan semata-mata untuk melihat pengantin ini dari dekat.




9. Pelamin pernikahan dan persandingan pasangan ini dianggarkan berharga RM20,000 dan ia menggunakan kira –kira 2,000 kuntum bunga termasuk 750 kuntum bunga-bungaan segar yang terdiri daripada orkid, kekwa dan daisi. Pelamin ini direka dan ditaja oleh Iezla Bridal House, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.











to norman hakin-memey, selamat pengatin baru sekali lagi dan selamat berbahagia hingga ke anak cucu.

3 orang gemar komen entry aku:

  1. wah hotnya !!..ni mesti peminat setia norman & memey?..ha2x...mama tak minat diaorg ni !!..hikk2x...apapun semuga mereka bahgia selama2nya...amin

    ReplyDelete
  2. mama : tak minat pun.. cukup syarat update.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Layari Hiburan, Informasi dan Berita disini > Blog BOM321
    Gosip,Kisah dan Gambar Artis disini > Blog Gosip321

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)