HuzairieHusinBlog: Pembentangan Bajet 2012 Malaysia | 07 Oktober 2011

Friday, September 30, 2011

Pembentangan Bajet 2012 Malaysia | 07 Oktober 2011

pembentangan bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 oktober 2011 ini dan sudah pastinya golongan tertentu menanti saat ni.. antaranya adalah kakitangan awam.



antara ungkapan perdana menteri tempoh hari ialah

Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober,
2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

“Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.

“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini hari ini.

Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.

“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib berkata kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mentransformasikan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menjelang  2020.

Beliau juga berkata Rancangan Malaysia Kesepuluh menggariskan strategi-strategi jangka sederhana manakala Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi ekonomi dan kerajaan.

Perdana Menteri berkata inisiatif dasar ini diperkukuh menerusi prinsip 1Malaysia, dengan setiap rakyat Malaysia mempunyai tempat dan peranan dalam “perjalanan transformasi terhebat ini”.

Proses transformasi

“Kini, kita perlu merealisasikan jangkaan-jangkaan yang terhasil menerusi kerangka kerja dasar ini. Kata kuncinya ialah pelaksanaan. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan proses transformasi,” katanya.

Najib juga bangga terhadap kemajuan besar yang dicapai menerusi GTP dan ETP.

Beliau berkata GTP menghasilkan keputusan yang ketara dalam mengurangkan jenayah, kemiskinan dan rasuah, selain meningkatkan akses kepada infrastruktur asas, keputusan pendidikan dan pengangkutan awam bandar.

“Walaupun kita bangga terhadap pencapaian ini, banyak lagi yang perlu dilakukan. Dalam hubungan ini, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk melaksanakan enam Bidang Keberhasilkan Utama Negara (NKRA) untuk rakyat,” katanya.

Mengenai ETP, Najib berkata sejak pelancarannya pada 25 Oktober tahun lepas, 54 projek permulaan (EPP), yang merupakan 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi.

“Pelaburan berjumlah RM106.4 bilion dijangkakan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM153.8 bilion dan mewujudkan 298,865 peluang pekerjaan.

“Ia merupakan pencapaian yang ketara dalam tempoh yang pendek dan momentum itu perlu dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, pelaksanaan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), serta aktiviti pelaburan yang semakin meningkat di koridor-koridor wilayah, terutama di Iskandar Malaysia, akan membantu mengekalkan momentum pertumbuhan.

“Kita berjaya menangani kelembapan ekonomi dunia. Ekonomi pulih dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 7.2 peratus pada 2010, melepasi unjuran awal sebanyak 7.0 peratus,” katanya.

Najib berkata prestasi pertumbuhan yang menggalakkan ini disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang pesat.

“Bagi 2011, kita berusaha untuk mencatat pertumbuhan 6.0 peratus,” kata Perdana Menteri, dan menambah “cabaran terus wujud”.
- Bernama

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)