HuzairieHusinBlog: October 2011

Saturday, October 29, 2011

Mari Belajar Bahasa Jepun | Ucapan (Greetings) Harian

salam semua.

last entry saya ada post cara belajar bahasa jepun dalam mengenali huruf hiragana dan katakana. hope semua dah faham dan hafal simbol simbol tu.

kenapa penting sangat menghafal hiragana dan katakana nie??? 

1. sebab dari semua perkataan nie akan terjadi satu ayat seperti greetings dan sebagainya.
2. sebagai langkah pertama dalam proses pembelajaran bahasa jepun.
so, saya anggap semua dah faham dan hafal hiragana dan katakana.

so, lets go next lesson.

entry kali nie saya akan kongsi/ ajar greetings harian yang sering digunakan.. 


SELAMAT PAGI (おはようございます。)


Dalam bahasa jepun, selamat pagi disebut Ohayo Gozaimasu. 

p/s: gozaimasu biasa disebut bila kita jarang berjumpa dengan orang itu.kalau kenalan rapat cukup la sekadar cakap ohayo je.
SELAMAT TENGAHARI (こんにちは。)





Konnichiwa bermaksud selamat tengah hari.
SELAMAT PETANG/MALAM (こんばんは。)


Konbanwa bermaksud selamat malam atau selamat petang. 



SELAMAT MALAM (おやすみなさい。)



Oyasuminasai digunakan bila seseorang itu pergi tidur.. 


SELAMAT TINGGAL/JALAN (さよなら。)


Sayonara bermaksud selamat tinggal. tapi kita tak boleh cakap sayonara bila nak keluar rumah.. ittekimasu digunakan bila mahu keluar rumah.



see you next part... 

p/s: belajar bahasa jepun very fun.. seronok jugak belajar bahasa asing nie.. hihi..


»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, October 26, 2011

Mari Belajar Bahasa Jepun | Mengenal Hiragana & Katakana

salam semua..

sebelum nie saya pernah post cara belajar bahasa jawa.. dan,alhamdulillah.. dapat sambutan.. kesimpulannya, ramai yang ingin belajar bahasa jawa ea.. 

sejak sambung belajar di UTHM saya telah belajar satu bahasa asing.. bahasa jepun.. atau nihongo dalam bahasa jepunnya..


sebenarnya bahasa jepun bukan lah semudah yang kita sangkakan.. buat pengetahuan anda, bahasa jepun tidak sama sekali dengan bahasa malaysia di mana kita perlu menghafal ABC.. 

bahasa jepun banyak menggunakan suku kata, seperti ka ki ku ke ko dan sebagainya.

sebagai permulaan, kita perlu mengenal huruf jepun.

huruf jepun terbahagi kepada 2. iaitu :

  1. hiragana
  2. katakana

hiragana banyak digunakan dalam bahasa jepun berbanding katakana. katakana merupakan tulisan jepun yang moden. 

biasa digunakan untuk nama orang, nama negara etc.


HIRAGANA



KATAKANA




Kalau dah hafal nie, saya berani jamin korang semua boleh membaca/menonton drama jepun tanpa subtitle.. hihi

jumpa next part.
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, October 25, 2011

Piala Malaysia Akhir 2011 -Terengganu Lawan Negeri Sembilan (Live)

salam semua.. 

lama kan tak update.. ada yang lebih penting lagi yang perlu diutamakan daripada blog zairiehusin.com nie..

rasanya bahang piala malaysia memang dah mula terasa.. sejak suku akhir lagi dah ramai orang cerita piala malaysia.. baik dalam kelas, facebook mahupun blog.. masing masing ada favourite team sendiri.. kan...?



last year kalau tak silap final piala malaysia 2010, kelantan lawan negeri sembilan.. kalau silap betulkan yer.. so tahun 2011, sekali lagi negeri sembilan layakkan diri ke final.. taniah.. 

jadual perlawanan akhir piala malaysia adalah seperti berikut.

tarikh : 29 october 2011

masa : 08.45 p.m

tempat : Stadium Shah Alam, Shah Alam Selangor


so, penyokong kedua dua negeri ni terutamanya dah boleh beli kan tiket sebelum terlambat.. 
good luch both of final team..


"Dengan Sukan Kita Menggerakkan Ukhuwah.."
»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, October 21, 2011

Novel: Sebutir Pasir -Episod 4

kali ini, cuti persekolahan agak lama.. 6 bulan.. al-maklumlah.. peperiksaan SPM baru sahaja melabuhkan tirainya.. memang ini lah saat yang paling ditunggu oleh setiap pelajar sekolah tingkatan 5.. terutama aku. 

aku membuka jendela di kamar ku.. embun pagi yang jatuh ke bumi seakan mengerti ketenangan diri ini.. erm.. pagi yang sungguh indah.. sejuk.. nyaman dan tenang.. jam sudah menunjukkan pukul 8.00 a.m.. bingkas aku bangkit dari katil untuk bersihkan diri..



"opah... aizat keluar kejap eh.. nak pergi pekan.. nak cari kerja..." sahut ku perlahan..

opah memandangku perlahan..dilontarkan secebis senyuman tanda mengerti akan maksudku.

"hati hati aizat.. kereta banyak kat pekan tu..." pesan opah. aku menghulurkan tangan untuk salam. ku cium tangannya.. tenang sekali. bagi aku sendiri, opah la ibu ku.. dia banyak mengajar erti kehidupan sebenar kepada ku.. dia lah kekuatan, dan dialah aspirasi bagi aku..


Puas aku mencari seluruh pekan.. mana mana kedai yang memerlukan perkhidmatan aku... aku sedia berkhidmat..

aku duduk keletihan.. air minuman 100 plus ku minum.. dapat lah menghilangkan kepenatan dan ketensionnan mencari kerja nie... erm... baru aku sedar.. bukan mudah mencari kerja.. apatah lagi mencari duit.. perit.. dan pedih..


malam ni opah masak special untuk kami.. ayam masak sambal, udang goreng dan sayur pucuk paku goreng.. kesukaan ku.. tok wan mneghulurkan pinggan kepada ku.. ku sambut baik.. diceduknya nasi dengan penuh kasih sayang ke pinggan ku..
"ha aizat... macam mana siang tadi...? dapat cari kerja...? " soal opah secara tiba tiba.. air sirap yang tuang terhenti seketika... erm.. macam mana nak jawab ni..

"owh.. erm... tak ada la opah.. semua kedai tak nak pakai orang.. tak ada rezeki kot... tak pe la.. kalau ada rezeki ada la.. " jawab ku mesra.. opah selalu berpesan kepada aku.. jangan terlalu mudah untuk berputus asa.. rezeki ada di mana mana.. lagi pun bumi allah ini kan luas... kan..?


selesai makan, aku terus masuk ke bilik.. penat.. sangat penat.. jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10.00pm.. 

"kring....kring.....!"

aku tersentak dengan panggilan telefon ku. ku sambut malas...

"hello.. assalamualaikum....."




-bersambung-


»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, October 19, 2011

Doraemon Final Chapter (Episod Akhir) [Sinopsis, Video]

teruja bila saya dapat tengok cerita doraemon balik.. itu pun lepas member yang tengok kat youtube semalam..

"owh..! doraemon final chapter..!"

ade ker?? ceh..! nampak sangat tak khatam lagi cerita doraemon nie.. hikhik..





sebelum tu, bagi yang tahui, sebenarnya doraemon ada final chapter nyer.. nanti saya ceritakan sinopsis dia..





Sinopsis Doraemon Final Chater (Episod Akhir)

alkisah nya begini...
setelah lama tak berjumpa antara nobita, sunyo dan giant telah datang ke rumah nobita... dengar hasrat untuk ziarah..

so, tengah rancak bersembang giant tanya..

"eh nobita... mana doraemon...? "

nobita pun tunduk kebawah... lantas menjawab..
"doraemon dah tiada..."

semua terkejut... then, nobita pun menceritakan apa yang terjadi...
lepas nobita pulang dari sekolah, dia terus jumpa doraemon... tapi.. doraemon tak menyahut sahutan nobita..

nobita jadi panik...

"eh..? apa hal pulak dengan doraemon nie...? "

then, dia call dorami.. adik doraemon... ceritakan apa yang berlaku.. then dorami cakap yang doraemon dah kehabisan bateri.. tetapi kalau nak cas balik bateri doraemon nie, terpaksa bawa ke masa hadapan.. and semua memory doraemon akan hilang..

nobita tak nak.. then, dia bertekad yang dia yang akan repair sendiri.. nobita berlajar rajin rajin sehingga dapat keputusan cemerlang dalam exam..

dan masa pun dah berlalu.. sekarang nobita sudah menjadi seorang proffesor.. pakar dalam bidang robotik..

sampai masa tu, nobita memasukkan doraemon dalam mesin.. mesin yang dicipta olehnya sendiri..

dan everything is ok.. doraemon dapat dihidupkan kembali..

dan tahu apa perkataan pertama yang doraemon cakap..?

"nobita...! dah siapkan kerja rumah belum...!"

sedang kan pada masa itu nobita sudah berjaya dalam kehidupannya dan menjadi seorang yang sangat pandai...

and lastly, nobita berkhawin juga dengan shizuka...


-sekian-



amacam..? best kan..? tapi kalau hayati, memang sedih sikit last chapter nie... ^__^

»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, October 17, 2011

Contest Gatsby : Like My Look | Mohon Vote Dari Kawan kawan Blogger...

fuh..!

1st time join contest yang agak besar nie... contest dari gatsby.. like me look contest.

sebenarnya nie merupakan salah satu event terbesar gatsby dalam mempromosikan produk mereka nie.. produk pencuci muka.. kalau tak silap la.. so, untuk contest like me look nie, its open for IPTA Student.. and i one of them... yeah..! i become model bebeh..! miahahaha...


masa entry ni di tulis, masa untuk berkempen ada 14 hari lagi.. dari segi strategi, memang aku dah ready.. tak sure nak guna strategi 4-4-2 atau attacking...
format pertandingan nie lebih kepada mereka yang dapat like paling banyak di FB.. ceh..! kompem aku tipis harapan nie.. friend tak sampai 1000 lagi.. huhu..

okeh guys.. wish me luck ok.. :D
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, October 16, 2011

MyKad / Kad Pengenalan Baru 2012

assalamualaikum.

terlebih dahulu, izinkan saya memohon maaf kepada pembaca blog zairiehusin.com kerana sudah hampir seminggu tak update.. kepada pihak pengiklan juga, so so sorry.. zairie very busy for this week... ada 2 program kena jayakan.. satu program ke kuala lumpur dan satu lagi program ke langkawi.. insyaallah boleh story untuk next entry.


sebelum tu.. dah dengar pembentangan bajet 2012? belum, boleh tengok di entry ini


dengar cerita yang my kad 2012 akan membuat sedikit perubahan drastik. erm... apa agaknye ye pembaharuan untuk my kad 2012 nie..


kalau diperhatikan secara kasar, memang tidak dapat detect perubahannya. namun, terdapat beberapa perbuahan dalaman pada identiti kad kita.


antaranya :

  1. cetakan pelangi
  2. nombor my kad di tulis dengan tulisan laser
  3. anti-copy protection
  4. terdapat corak guillache
  5. imej turisan laser.
  6. uv pelbagai warna.

so, mana yang ic yang masih gambar darjah 6, dah boleh tukar dah.. biasanya 1 bulan baru siap..


-sekian-
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, October 9, 2011

Spesifikasi iPhone 4s | iPhone 4s ada Blueetooth?!

sedia maklum iphone 4s bakal keluar tak lama lagi.. setakat nie di amerika. iphone 4s dah terjual sebanyak 200,000 unit..! wow..! dashyattt...~

dan terbaru spesifikasi iphone 4s, apple inc. mleetakkan blueetooth sebagai pembaharuan dalam aplikasinya.. hm.. lepas nie mudah la pengguna iphone nak send gambar.. 


jom kita tengok sedikit spesifikasi iphone 4s [Malaysia]


SIZE & WEIGHT




Height: 4.5 inches (115.2 mm)
Width: 2.31 inches (58.6 mm)
Depth: 0.37 inch (9.3 mm)
Weight: 4.9 ounces (140 grams)

Cellular and Wireless

 

  • World phone
  • UMTS/HSDPA/HSUPA (850, 900, 1900, 2100 MHz);
    GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
  • CDMA EV-DO Rev. A (800, 1900 MHz)4
  • 802.11b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz only)
  • Bluetooth 4.0 wireless technology

 

Camera, Photos, and Video

 

  • 8-megapixel camera
  • Autofocus
  • Tap to focus
  • Face detection in still images
  • LED flash
  • Video recording, HD (1080p) up to 30 frames per second with audio
  • Video stabilization
  • Front camera with VGA-quality photos and video at up to 30 frames per second
  • Photo and video geotagging

 

 [klik sini untuk full spec]

erm.. so far memang puas hati dengan spec iphone nie.. menarik.. dan semakin menarik.. tentang harga..... erk.....

 
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, October 8, 2011

Harga Iphone 4s Malaysia | Iphone 4s Price In Malaysia

assalamualaikum..

betul la.. sekadar rumors bahawa iphone 5 akan dikeluarkan.. rasanya peminat gadget iphone apple ramai yang kecewa kan...?

insyaallah dalam masa terdekat nie apple akan mengeluarkan satu lagi gadget iphone mereka.. iphone 4s. 



berikut adalah harga iphone 4s di malaysia. ternyata masih mahal lagi iphone nie..


Black Color
16GB – RM2590
32GB – RM2990
64GB – RM3390

White Color
16GB – RM2690
32GB – RM3090
64GB – RM3490

ada yang berminat nak beli? lepas nie iphone 4 boleh dah dapat dalam 1.5k ke bawah.. :D
»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, October 7, 2011

Senarai Kandungan Bajet 2012 [Malaysia]

alhamdulillah.. hari nie dah settle dah pembentangan bajet 2012. ada yang tertunggu.. ada yang buat tak tahu je..

bagi yang tak dapat follow pembentangan bajet pada petang tadi, berikut merupakan senarai intipati bajet 2012.



  • Bonus penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan dan akan dibayar bersama gaji bulan Disember 2011
  • Membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal untuk menunaikan haji melalui penghadangan Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5 seluruh negara. Bantuan ini akan dilaksanakan melalui akaun BSN
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan LHDN sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos
  • Caruman majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13%
  • Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun
  • Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik milik Kerajaan. Diskaun 50% tambang LRT dan Monorel
  • Dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat
  • Pemilik teksi bajet persendirian
    • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
    • Pencgecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari 7 tahun yang dijual atau ditukar milik
    • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian
    • Pemberian subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Diuruskan oleh BSN untuk tempoh 2 tahun bermula 1 Januari 2012
    • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia lebih 7 tahun tetapi kurang 10 tahun. Lebih 10 tahun, ianya RM1,000. Ianya bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh 2 tahun mulau 1 Januari 2012


p/s: just rumors kenaikan gaji 40% untuk kakitangan gomen.. hihi..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, October 6, 2011

Gambar Calvary Convention Centre Gereja Terbesar Di Asia Bukit Jalil, Malaysia Telah Dibina!

assalamualaikum..

belum pun reda pasal isu cara mudah buang bayi dalam perut ibu, timbul pula isu pembinaan gereja terbesar yang akan di bina di malaysia..

kesahihan isu ini., aku tak boleh komen.. sebab aku berada di johior.. jika silap.. aku memohon seribu kemaafan.. jika isu ini benar... tepuk dada tanya lah diri sendiri..



gereja yg akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini [klik sini] [klik sini]


Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.
















Unsur unsur freemason pada struktur bangunan.



Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.

Lihatlah saja kepada misi-misinya:

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind


renung-renungkan.. adakah ini dinamakan islam fobia??
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, October 4, 2011

Cara Mudah Membuang Bayi Dalam Kandungan | Tips Kejam Buang Anak Luar Nikah!

assalamualaikum..

macam mana blog?? ok? 3 hari tak update memang sedikit sebanyak mempengaruhi kemalasan diri.. ceh..~ macam mana nak berjaya dalam hidup nie...

terkejut pabila tengok gambar yang di tag di facebook oleh rakan.. memang agak kejam dengan cara membuang bayi dalam kandungan ibu...



kalau perhatikan secara detail sudah pasti kita akan beristiqfar 44 kali..

nampak memang mudah.. tapi bagi aku sendiri.. azab, keperitan yang ditanggung oleh ibu itu sudah pasti hanya allah yang tahu.. kan..?

mari kita lihat cara/langkah cara kejam buang bayi dari kandungan ibu.

LANGKAH A

--->  Gunting dimasukkan kedalam rahim ibu dan grap mana mana bahagian bayi. kalau kita perhatikan bahagian peha bayi menjadi sasaran. mungkin mudah.

LANGKAH B


---> Bahagian peha bayi itu dikoyak/digunting dan dibawa keluar dari rahim ibu.


LANGKAH C

--->  Bahagian seterusnya (seperti usus atau organ dalaman) dibawa keluar satu persatu.

LANGKAH D

--->  Bahagian terakhir dibawa keluar (bahagian atas).



kesimpulan :
memang + amat kejam dengan perbuatan seperti nie.. apa yang boleh aku simpulkan, semua ini adalah akibat keterlanjuran yang dirancang.

teringat skrip dalam hantu bonceng.
"sedap 5 minit, merana seumur hidup"


semua dah besar kan.. fikir fikirkan lah..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sunday, October 2, 2011

Filem Aku Bukan Tomboy 2011 [Sinopsis, Trailer, Download]

lepas filem KL Gangster, shamsul yusuf akan keluarkan sebuah lagi filem komedi romantik.. rasanya la.. sebab aku tengok trailer macam ada ayat ayat jiwang je dekat skrip aku bukan tomboy nie.. 



Sinopsis Aku Bukan Tomboy



Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. 


Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu.


Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.








Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. 


Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. 


Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.








Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. 


Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. 


Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. 


Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. 


Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.







Trailer Aku Bukan Tomboy










personally aku rasa filem nie pun boleh capai tahap seperti kl gangster.. shamsul yusuf memang mempunyai idea yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan filem..


syabas.
»»  BACA SELANJUTNYA...