HuzairieHusinBlog: Gambar Calvary Convention Centre Gereja Terbesar Di Asia Bukit Jalil, Malaysia Telah Dibina!

Thursday, October 6, 2011

Gambar Calvary Convention Centre Gereja Terbesar Di Asia Bukit Jalil, Malaysia Telah Dibina!

assalamualaikum..

belum pun reda pasal isu cara mudah buang bayi dalam perut ibu, timbul pula isu pembinaan gereja terbesar yang akan di bina di malaysia..

kesahihan isu ini., aku tak boleh komen.. sebab aku berada di johior.. jika silap.. aku memohon seribu kemaafan.. jika isu ini benar... tepuk dada tanya lah diri sendiri..



gereja yg akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini [klik sini] [klik sini]


Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.
















Unsur unsur freemason pada struktur bangunan.



Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.

Lihatlah saja kepada misi-misinya:

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind


renung-renungkan.. adakah ini dinamakan islam fobia??

7 orang gemar komen entry aku:

  1. sedih & marah mama lihat gambar ni !!..sebuah negara islam membenarkan pembinaan gereja ini...apa nak jadi..skrg ni kita tak tahu berapa ramai org2 melayu yg bukan islam @ murtad?..nauzubillah..dimana dia pihak2 yg bertanggungjawab?..kenapa hanya mendiamkan diri?..atau untuk meraih undi bangsa lain,sanggup mengorbankan ugama islam demi pilihanraya yg semakin hampir..hu2x..

    ReplyDelete
  2. Jadi bagaimanakah dengan nasib kami rakyat malaysia yang beragama kristian, adakah kami terus ditindas, disisihkan, dihina dan dikutuk di tanah air kami sendiri???? Persoalan saya, mengapakah orang islam terlalu membenci orang kristian, seolah-olah yang diajarkan dalam agama islam itu adalah untuk membenci agama kristian...Sedangkan dalam agama kami diajarkan saling hormat-menghormati. Mengapa isu pembinaan masjid kristal di terengganu tidak kami hangatkan seperti pembinaan gereja ini. Sedangakan kos pembinaan masjid itu memakan jumlah yang banyak dan menggunakan duit rakyat. Pembinaan gereja ini adalah menggunakan duit umat kristian sendiri yakni derma dari orang2 yang dermawan. Kekuatan iman dan akidah bukan terletak pada kemegahan ataupun kebesaran masjid ataupun gereja tetapi terlahir dari dalam hati kita sendiri, iaitu iman kepercayaan kita terhadap agama kita masing2....adakah dengan pembinaan gereja ini, iman dan akidah orang islam akan terancam?? Adakalanya kami rakyat borneo yg beragama kristian berfikiran lebih baik kami menubukan kerajaan sendiri.Hal ini demikian kerana, apalah gunanya kami bernaung di bawah pemerintahan malaysia jika realitinya kami ditindas, dianiaya, serta disisihkan. Mungkin orang semenanjung tidak merasakan apa yang kami rasakan kerana bukan kamu yang merasakan perasaan ini. Salah satu diskriminasi bagi kami rakyat borneo, hasil ekonomi dari negeri kami dieksploitasi ke tanah semenanjung maka dengan itulah terbinanya masjid kristal, putrajaya, kehidupan yang mewah di tanah semenanjung,dll. sedangkan kami masih ternanti-nanti dan tercari-cari hasil ekonomi yang dieksploitasi sehingga dilabelkan sebagai negeri yang termiskin di malaysia. Hasil petroleum, balak, biji timah, emas, getah, kemana menghilang??????. Selain daripada itu, hak kami seperti yang dipersetujui dalam 20 perkara semasa sabah dan sarawak bergabung dengan tanah melayu, iaitu agama adalah bebas di sabah dan sarawak, tetapi realitinya???? alkitab ditahan di pelabuhan klang dan kuching, penggunaan perkataan Allah ditentang, peruntukkan untuk pembinaan gereja tidak diluluskan..promise is just confess in mouth, maka betullah mengapa indonesia nggak mau gabung dengan malaysia suatu ketika dahulu, kerana " Penjajahan era baharu" maka inilah dia penjajahan era baharu.........

    ReplyDelete
  3. ,...jagalah perasaan masing2,...Malaysia Negara aman,...please ok,...saya tak mau komen banyak,...sebab saya cintakan keamanan,..peace,...from free thinker,...!

    ReplyDelete
  4. Saya sokong pendapt dari 'saran temenggung bulan'..Malaysia Negara Aman...peace...

    ReplyDelete
  5. bukan membenci kaum lain...masalahnya kes ini macam menhina islam..
    malaysia ramai orang islam..rasanya kristian ni ada tempat asalnya..kenapa dah teruk sangat akidah orang "utama" di malaysia ni..masyaallah,,,takut di laknat Allah je...

    ReplyDelete
  6. well malaysia ni mmg negara islam tapi bkn semua warganya islam. lg pun kn negara kita ni bebas beragama so tak pyh la nak dok kecoh.

    ReplyDelete
  7. morning...well, apakah yang dimaksudkan 1 Malaysia dan bukankah terdapat dalam perlembagaan Malaysia iaitu kebebasan beragama bagi penganutnya? jadi untuk merealisasikan semua itu janganlah banyak kecoh pasal org kristian nak bina gereja terbesar di dunia ka di asia ka @ di Malaysia....faham2 la kita walaupun tak sama agama bertolak ansur sedikit klu xnak tengok agama lain maju tak payahlah Duduk di Malaysia p la Mesirka mana2 tempat yang tak ada agama lain..harap maklum dan mohon maaf!!!!! u don't have the right to judge others..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)