HuzairieHusinBlog: Novel: Sebutir Pasir -Episod 4

Friday, October 21, 2011

Novel: Sebutir Pasir -Episod 4

kali ini, cuti persekolahan agak lama.. 6 bulan.. al-maklumlah.. peperiksaan SPM baru sahaja melabuhkan tirainya.. memang ini lah saat yang paling ditunggu oleh setiap pelajar sekolah tingkatan 5.. terutama aku. 

aku membuka jendela di kamar ku.. embun pagi yang jatuh ke bumi seakan mengerti ketenangan diri ini.. erm.. pagi yang sungguh indah.. sejuk.. nyaman dan tenang.. jam sudah menunjukkan pukul 8.00 a.m.. bingkas aku bangkit dari katil untuk bersihkan diri..



"opah... aizat keluar kejap eh.. nak pergi pekan.. nak cari kerja..." sahut ku perlahan..

opah memandangku perlahan..dilontarkan secebis senyuman tanda mengerti akan maksudku.

"hati hati aizat.. kereta banyak kat pekan tu..." pesan opah. aku menghulurkan tangan untuk salam. ku cium tangannya.. tenang sekali. bagi aku sendiri, opah la ibu ku.. dia banyak mengajar erti kehidupan sebenar kepada ku.. dia lah kekuatan, dan dialah aspirasi bagi aku..


Puas aku mencari seluruh pekan.. mana mana kedai yang memerlukan perkhidmatan aku... aku sedia berkhidmat..

aku duduk keletihan.. air minuman 100 plus ku minum.. dapat lah menghilangkan kepenatan dan ketensionnan mencari kerja nie... erm... baru aku sedar.. bukan mudah mencari kerja.. apatah lagi mencari duit.. perit.. dan pedih..


malam ni opah masak special untuk kami.. ayam masak sambal, udang goreng dan sayur pucuk paku goreng.. kesukaan ku.. tok wan mneghulurkan pinggan kepada ku.. ku sambut baik.. diceduknya nasi dengan penuh kasih sayang ke pinggan ku..
"ha aizat... macam mana siang tadi...? dapat cari kerja...? " soal opah secara tiba tiba.. air sirap yang tuang terhenti seketika... erm.. macam mana nak jawab ni..

"owh.. erm... tak ada la opah.. semua kedai tak nak pakai orang.. tak ada rezeki kot... tak pe la.. kalau ada rezeki ada la.. " jawab ku mesra.. opah selalu berpesan kepada aku.. jangan terlalu mudah untuk berputus asa.. rezeki ada di mana mana.. lagi pun bumi allah ini kan luas... kan..?


selesai makan, aku terus masuk ke bilik.. penat.. sangat penat.. jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10.00pm.. 

"kring....kring.....!"

aku tersentak dengan panggilan telefon ku. ku sambut malas...

"hello.. assalamualaikum....."




-bersambung-


2 orang gemar komen entry aku:

  1. mama tahu zairie bz skrg ni..jgn lupa sambung novel ni cepat2 sikit ya..he2x..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)