HuzairieHusinBlog: Senarai Kandungan Bajet 2012 [Malaysia]

Friday, October 7, 2011

Senarai Kandungan Bajet 2012 [Malaysia]

alhamdulillah.. hari nie dah settle dah pembentangan bajet 2012. ada yang tertunggu.. ada yang buat tak tahu je..

bagi yang tak dapat follow pembentangan bajet pada petang tadi, berikut merupakan senarai intipati bajet 2012.



  • Bonus penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan dan akan dibayar bersama gaji bulan Disember 2011
  • Membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal untuk menunaikan haji melalui penghadangan Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5 seluruh negara. Bantuan ini akan dilaksanakan melalui akaun BSN
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan LHDN sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos
  • Caruman majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13%
  • Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun
  • Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik milik Kerajaan. Diskaun 50% tambang LRT dan Monorel
  • Dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat
  • Pemilik teksi bajet persendirian
    • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
    • Pencgecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari 7 tahun yang dijual atau ditukar milik
    • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian
    • Pemberian subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Diuruskan oleh BSN untuk tempoh 2 tahun bermula 1 Januari 2012
    • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia lebih 7 tahun tetapi kurang 10 tahun. Lebih 10 tahun, ianya RM1,000. Ianya bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh 2 tahun mulau 1 Januari 2012


p/s: just rumors kenaikan gaji 40% untuk kakitangan gomen.. hihi..

0 orang gemar komen entry aku:

Post a Comment

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)