HuzairieHusinBlog: November 2011

Wednesday, November 30, 2011

Nasi arab UTHM Malaysia


Alhamdulillah. Baru lepas merasa nasi arab yang satu campus cakap sedap tu. Seriusly memang sedap.



Nasi arab nie memang simple. Just nasi + ayam + sambal kasi uummphh.

Lagi satu, 1st time rasa jus betik. Memang terbaik. Harga. ? RM 1.00. Dekat UTHM nie la. Kat lua mesti mahal.

P/s: blog semakin terbiar. Tak sempat nak update. Terlalu sibuk. Selamat ada my iphone. Hehehe


- Posted using BlogPress from my iPhone
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, November 26, 2011

Oh! McD!

Wah! Dah lama tak pekena McD. Nyum nyum nyum. Jemput makan kawan2. ;-)




- Posted using BlogPress from my iPhone
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, November 19, 2011

Gambar Kontroversi Zarina Anjoulie Tunjuk Buah Dada!

assalamualaikum..

owh..! dunia..! dunia..! apa sudah jadi....? sebenarnya aku dah lama nak post cerita pasal nie.. tapi memandangkan kekangan masa yang tidak mengizinkan, terpaksa disimpan kat peti simpanan draft tu..

dan, aku tidak lah berminat sangat nak copy bulat bulat statment zarina Anjoulie  dalam artikel di yahoo, tetapi aku lebih berminat nak meluahkan pendapat peribadi aku..








"zarina anjouline : saya yang tanggung dosa.."


ya.. memang betul zarina.. awak yang tanggung dosa.. aku akui.. seluruh malaysia mungkin seluruh dunia akui yang awa akan tanggung dosa apa yang awak lakukan du bumi allah yang sementara ini..


tapi kan zarina, pernahkah awak terfikir dosa orang yang melihat awak berpakain seperti dalam majalah FHM..? 


Yes zarina... mungkin betul kata kata hikmah yang selalu aku katakan..

"tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi kenyataan..."


persoalannya, keberanian sebeginikah yang diperlukan moga mimpi kita menjadi kenyataan..?

pada pendapat aku, bukan ini lah cara nya.. allah berikan kita akal dan fikiran.. agar dapat memikirkan yang mana yang baik dan tidak... 

aku tak kata zarina salah, mungkin apa yang dia lakukan ini tidak dapat diterima oleh masyarakat sekeliling..

perlu diingat, kita orang timur, yang penuh dengan adat. yang penuh dengan kesopanan dan bahasa yang indah.. tidak kira lah kita dari malaysia, indonesia mahupun singapura.. kita semua sama.. berpijak di bumi allah yang sementara..


jika zarina anjouline terbaca luahan hati zairiehusin.com nie, bukanlah niat di hati mahu menkondemkan awak.. apatah lagi menjatuhkan awak... jika awak melakukan sesuatu perkara yang betul, nescaya ramai yang support kerjaya seni awak.. dan mungkin, insyaallah allah akan memurahkan rezeki awak.. 


gud luck to zarina anjouline dalam kerjaya seni awak... hope apa yang awak lakukan di bumi allah yang sementara nie, awak mendapat keredhaan dari-Nya..





p/s: masih tergiang-giang kata kata baginda s.a.w kepada sahabat sahabatnya.. (kalau salah mohon betul kan di ruangan komen ya..)


"aku takut akan umatku di masa akan datang, mereka berpakain, tetapi seolah olah mereka bertelanjang.."


renung renungkan...


zairiehusin : yang baik sudah semestinya datangnya dari allah s.w.t dan yang buruk sudah pastinya datang kepada dirinya aku sendiri..










»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, November 18, 2011

Novel : Sebutir Pasir -Episod 5

selesai makan, aku terus masuk ke bilik.. penat.. sangat penat.. jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10.00pm.. 

"kring....kring.....!"

aku tersentak dengan panggilan telefon ku. ku sambut malas...

"hello.. assalamualaikum....




"waalaikummussalam... hye liya.. belum tidur lagi?"

"belum lagi aizat.. yang aizat nie kenapa belum tidur lagi.." soal aliya..

"mata tak boleh lelap la.. so, jat ambil gitar and make a new song.. for u liya.." 
"eh yeke..?? terharunya.. ada jugak ye orang yang sudi cipta lagu untuk kita nie.." jawab liya ringkas.. 

hm... personally, memang aku suka dengar suara aliya.. lembut.. dan halus sehalus kain sutera.entah berapa lama aku dan aliya berborak.. dari masa sekolah dahulu hinggalah sekarang..

jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 a.m. aku mendongak ke syiling. membayangkan saat manis bersama aliya masa dekat sekolah sebelum tamat SPM. 

owh..! sungguh pantas masa berlalu.. andai dapat ku undurkan masa, sudah pasti aku tidak mahu saat indah bersama aliya pergi.

but.. live must go on.. aku faham,terlalu banyak onak duri dan ranjau yang aku perlu tempuhi.. dan yang pastinya, halangan dan cabaran kehidupan sudah pasti menunggu aku di depan.. cuma menunggu kehadiran diri ku in sahaja.


xxxxxxxxxxxxxx


3 bulan sudah berlalu.. dan hari ini, 23.03.2006 tarikh keluarnya result spm.. sebelum keluar dari rumah aku sempat berjumpa opah supaya mendoakan keputusan yang cemerlang untuk cucunya ini.

bangunan sekolah menengah kebangsaan tok weng yang tersengam indah sudah dari jauh aku nampak.. semakin dekat, semakin kuat pula jantung aku ini berdengup..

dup dap dup dap.... selaju kereta api dari KL Central ke KLIA. 

mata aku tertumpu pada satu sudut.. 

"aliya..." bisik aku perlahan..


langkah demi selangkah aku menghampiri aliya..


"hye liya... happy je.. camne? ok...? berapa A..? " Soal aku bersungguh sungguh tanda ingin tahu. apa yang pasti, senyuman aliya kali ini merupakan senyuman paling manis pernah aku dilihat di wajah aliya.. owh..indahnya ciptaan tuhan...

"hye aizat.. alhamdulillah..7A1 1A2 dan 2B3 je aizat... aizat macam mana pulak..? mesti gempak kan..."

"eh gempak ke..? hehe.. aizat belum ambek result lagi la liya.. tak tahu a macam mana...? tengok la nanti.. " 

"Mohd Aizat B Adnan..!" 

satu pekikan suara memanggil nama aku. nampak dari sudut tempat mengambil result SPM..


"Owh tidak...."





* Bersambung
»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, November 17, 2011

Blog iPhone Malaysia | Blog Jerut Leher.com

hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua satu blog baru dimana 100% content blog nya adalah mengenai iPhone. mungkin entry ini lebih kepada pengguna iphone.. pengguna android or symbian digalakkan membaca jugak, maybe korang akan tertarik dengan iOS apple.


okeh..! memandangkan sekarang nie aku dah pakai iphone, apa yang  boleh aku katakan iphone is the best smartphone.. aku pernah pakai HTC, Samsung SL (this phone used android OS) dan nokia (Symbian OS). yup, aku akui, memang semua phone ada kelebihan dan kekurangan nya.. kan..? tapi, lain dengan iphone, its very and very perfect to me.. 


blog iphone malaysia (selain apple.my), blog jerut leher lebih kepada application iphone. bagi aku, newbie iphone user, this blog (jerut leher) is one best blog to guide you how to use iphone. 


aku suka dengan satu entry nie dari blog jerut leher.. "how to upgrade your iphone iOS  to iOS 5" . so far tutorial yang di ajar memang mudah dan senang untuk kita faham.. dengan bahasa yang santai di salut dengan extra knowledge, its easy to understand.



aku nak cerita lebih pasal iphone nie pun tak boleh.. sebab ilmu iOS aku pun belum cukup untuk dikongsi bersama.. jerut leher blog yang sesuai untuk korang..

okeh..?

»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, November 16, 2011

Wordless wednesday -water rocket-

Salam.

Entry SEO?? Oh! Bukan masa nya. Memandang sekarang nie saya selaku pelajar di UTHM, jadual seharian teramat la padat.

Dan tugasan yang urgent dan perlu disiapkan adalah membuat roket air " water rocket "





Secara kasar nya nak membuat water rocket nie tak ada la susah sangat, cuma perlu pandai bermaon dengan ukuran.

Insyaallah next entry saya akan post model water rocket saya yang dah siap.




P/s : adakah ini wordless? Dah macam karangan. Huhu



- Posted using BlogPress from my iPhone
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, November 15, 2011

Berapakah jumlah ikan keli ini?

Anda hebat? Handal dalam permainan meneka jumlah ikan?

Kalau semua ciri ciri tu korang ada, sah la korang yang saya cari. Hehe.

Soalan: berapakah jumlah ikan keli dalam gambar di bawah.






-Posted using BlogPress from my iPhone
»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, November 11, 2011

Punca/Sebab Pilihanraya Malaysia Ke-13 (PRU-13) Tidak Diadakan Pada Tahun Ini. (2011/2012)

Assamualaikum..

ingat lagi masa awal tahun 2011 dulu yang pilihanraya ke-13 akan diadakan pada tahun nie... bergegas pergi pejabat pos nak register sebagai pengundi.. selang beberapa minggu selepas tu ada ura ura yang mengatakan PRU13 tidak akan diadakan atas sebab sebab tertentu..

sebagai rakyat malaysia yang prihatin errkkkk sudah tentu saya tertanya tanya... oh.!why..!why...!



dan berikut merupakan beberapa faktor atau punca mengapa pilihan raya tidak diadakan pada tahun nie..


1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.



so, berkemungkinan besar pilihanraya malaysia ke-13 akan diadakan pada tahun 2012.. insyaallah..

p/s: mana yang masih belum mendaftar, boleh la pergi mendaftar sebelum terlambat...
»»  BACA SELANJUTNYA...

Perbezaan dan Cara Mengenal Pasti iPhone 3G & 3GS

Salam semua..

terbaca satu entry blog kawan saya jerut leher mengenai iphone 3GS sudah memadai bagi student IPTA. Dalam post beliau memang banyak info yang kita boleh dapat esspecially kelebihan smartphone iphone 3GS nie..




sebenarnya kalau kita perhatikan secara kasar, iphone 3G dan 3GS nie memang tiada beza langsung dari segi fizikalnya.. dari segi berat, design dan home buttonnya.. 100% sama.

tapi, jika anda mahu membeli iphone 3gs saya sarankan supaya anda semua membaca artikel ini sehingga habis.

dan apa bezanya iphone 3g dan 3gs nie..?


1. CAMERA.



- iphone 3gs dan keatas sudah mula dilengkapi dengan sistem autofokus. berbanding dengan iphone 3g dan 2g masih belum lagi menggunakan autofokus camera.

2. kalau anda perasaan di sebelah kanan akan ada satu slide untuk swith ke camera to video and video to video to camera. dan iphone 3g tidak ada function seperti itu.


2. Compas



- apa yang saya tahu perbezaan ketara bagi iphone 3gs dan 3g adalah application compas.

- application compas 3gs memang sudah tersedia/install. dan iphone 3g pada waktu itu masih belum lagi meletakkan application compas sebagai application basicnya.



VIDEO 1 : PERBEZAAN IPHONE 3GS DAN 3G





VIDEO 2 : 10 PERKARA YANG PERLU KETAHUI SEBELUM MEMBELI IPHONE 3GS.




diharap entry ini sedikit membantu pembaca yang nak membeli smartphone iphone.. 


* iphone 3gs dan 3g dah tak ada keluar yang baru.. so kalau ada yang baru sudah pasti AP atau Recon.. so becareful..



»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, November 9, 2011

Gambar Dato' Seri Najib Razak Di Mekah (2011)

assalamualaikum..

sebelum tu, memang betul la orang cakap... bila 1 sehari tak update blog, memang terasa kemalasannya.. erm... rasanya blog zairiehusin.com nie dah berapa minggu tak update jer... tak pe la.. better late update than never.. kan...?

rasanya semua sedia maklum yang perdana menteri malaysia Dato Seri Najib Razak telah pergi menunaikan haji pada tahun ni.. alhamdulillah...

so, saya ingin berkongsi beberapa gambar Dato Seri Najib di mekah.


























p/s: tak dapat digambarkan perasaan kita bila kaabah berada betul betul di hadapan kita...




-kredit gambar-
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, November 2, 2011

Fan Page ZairieHusin.Com Cecah 1000!

salam semua..

alhamdulillah.. alhamdulillah... alhamdulillah...

tak pernah langsung terlintas dalam hati apatah lagi di fikiran zairie yang fan page blog nie mampu cecah 1000 people like this.. terima kasih..

ya... ini bukannya blog yang hebat... apatah lagi popular... apa yang zairie boleh cakap kan, blog nie ada kekuatan nya yang tersendiri.. korang semua akan tahu apa kekuatan blog nie kalau baca post post terdahulu..


saban hari, memang akan wujud blog baru.. terpulang kepada anda macam mana mahu mencorak dan mengerakkan blog anda.. ada usaha, anda akan berjaya..

bukan mudah menjadi seorang blogger.. banyak halangan.. banyak juga rintangan nya.. biasala.. asam garam dalam perjalanan seorang blogger..

erm.. dah lama sangat tak merepek macam nie.. biasanya banyak main entry SEO je.. sometimes merepek macam nie seronok juga ye.. hihi..


sebelum noktah terakhir, zairie berharap sangat jasa baik korang semua pembaca blog zairiehusin.com supaya mengVOTE model kacak gatsby nie.. hihihi




terima kasih sekali lagi mana yang dah undi.. jasa baik korang, hanya allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya... terima kasih...
»»  BACA SELANJUTNYA...

[Gambar] Pawagam Mid Valley Terbakar | Punca Kebakaran

salam semua..

ingat kan khabar semata mata.. rupanya memang betul apa yang dikecohkan... pawagam mid valley terbakar...! fuh..! musykil jugak ye macam mana mana boleh terbakar nie.. nie pun baru baca dari akhbar kosmo pagi nie...


sedikit keratan dari HMetro.

"Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam.
 
Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal.

Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong.

Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan."



nota : mungkin litar pintas.. mustahil juga kalau ada orang smoking dalam mid valley nie.. mahu kena saman.. betul tak...?
mohon vote untuk gambar saya jadi model gatsby boleh...? klik sini.

terima kasih yang mana dah vote..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, November 1, 2011

Mohon Vote Zairie Husin Untuk Contest Like Me Look 2011

salam semua..

hari nie merupakan hari yang paling aku tunggu tunggu.. masa untuk berkempen..! ceh...! dah macam pilihanraya dah.. [klik entry ni]

so, hope semua member blogger yang amat dikasihi vote gambar model terkacak di bawah nie.. jasa korang semua amatlah saya hargai..



amacam?? ada gaya model tak..? 

erm.. rasa macam tak ada kan.. hikhik...

sekali lagi, mohon jasa baik anda semua mengVOTE gambar saya yer.. [klik sini untuk vote]

sekali lagi.. terima kasih... terima kasih banyak banyak...


assalamualaikum..
»»  BACA SELANJUTNYA...