HuzairieHusinBlog: [Gambar] Pawagam Mid Valley Terbakar | Punca Kebakaran

Wednesday, November 2, 2011

[Gambar] Pawagam Mid Valley Terbakar | Punca Kebakaran

salam semua..

ingat kan khabar semata mata.. rupanya memang betul apa yang dikecohkan... pawagam mid valley terbakar...! fuh..! musykil jugak ye macam mana mana boleh terbakar nie.. nie pun baru baca dari akhbar kosmo pagi nie...


sedikit keratan dari HMetro.

"Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam.
 
Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal.

Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong.

Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan."



nota : mungkin litar pintas.. mustahil juga kalau ada orang smoking dalam mid valley nie.. mahu kena saman.. betul tak...?
mohon vote untuk gambar saya jadi model gatsby boleh...? klik sini.

terima kasih yang mana dah vote..

3 orang gemar komen entry aku:

  1. pasti manager kelam kabut ni wooo....
    pernah kerja gsc... hmmm....
    apa2pun hope everything ok.
    singgah2 usha entry n iklan. jom singgah.. sama2 tmbh dana blog ...

    ReplyDelete
  2. omg bahayanya, aritu empire gallery meletup. ni gsc pulak.

    ReplyDelete
  3. hu2x..mcm2 blh menyebabkan kejadian tu..disabotaj ke?..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)