HuzairieHusinBlog: December 2011

Saturday, December 31, 2011

Lirik Lagu Perpisahan - Aizat Amdan | Lagu Touching 2011

Orait...! hari nie hari terakhir di tahun 2011 kan...? so, entry ini jugak entry terakhir di tahun 2011.. insyaallah...  

bercerita pasal 2011 nie memang banyak.. tapi, kali ni aku lebih nak fokuskan pada lirik lagu yang paling aku minat sampai la ke akhir tahun 2011 nie..

lagu perpisahan dari aizat ft 1st edition.



Sebelum tu, jom dengar sikit lagu dari aizat anda - perpisahan... lirik disediakan.. hikhik..



lirik lagu perpisahan -aizat amdan.

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


orait... kenapa aku suka sangat lagu nie...?

1. aku suka dengan lirik dia... lirik yang sangat baik.. boleh buat orang nangis beb kalau betul betul hayati... lagi lagi kalau kau baru clash dengan awek/pakwe kau... pergghhhh...! comfirm  la.. miahaha..


2. sebab aizat amdan nyayi.. - nie jugak salah satu faktor la.. sebab aizat nyayi.. he is a best singer in 2011.. bagus dak aizat nie.. pandai menghayati lirik dan lagu.. terbaik la bro..!


2 reason boleh...? okeh.. jumpa kat tahun 2012.. assalamualaikum..

»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, December 27, 2011

Nur Zara Alysha

assalamualaikum..

macam tak percaya je yang aku dapat adik baru.. 2 hari lepas ayah aku sempat bagi tahu... buat masa nie aku tak sempat lagi tengok memandangkan aku masih kat johor dan bakal mengadap 6 paper final.. ceh..! 

nur zara alysha.

sedap kan nama...? nama pilihan ibu ku.. :)


maksud nama beliau.

NUR - Cahaya

ZARA - Puteri

ALYSHA -Dilindungi tuhan.


p/s: tunggu kedatangan abg mu ini.. hehe
»»  BACA SELANJUTNYA...

Smartphone Terbaik Malaysia 2012

salam.

tahun 2011 semakin hampir meninggalkan kita semasa entry ini ditulis.. terlalu banyak yang aku belajar di tahun 2011 nie.. salah satu daripadanya mengenai smartphone.. 

thanks kepada bro blog iphone yang banyak memberi info pasal smartphone.. esspecially pasal iphone.. thanks bro..!

orait.. so, topik aku kali nie adalah smartphone.





sebenarnya aku lebih fokuskan kepada mereka yang masih baru nak pakai smartphone nie.. tak tahun nak pilih mana yang terbaik untuk diri mereka..

kita semua tahu kan yang handphone nie kita akan pakai untuk satu jangka masa yang sangat lama.. paling kejap pun setahun.. so we need to make a best decision..

bagi aku smartphone yang terbaik hanya 2 sahaja.. samsung, HTC dan iphone.. kerana apa..? Kerana application dia yang superb dan best..



simple review smartphone..



-HTC DESIRE HD-

kalau smartphone HTC, aku paling suka HTC Desire HD.. 




desire hd screen dia memang besar.. puas kalau online.. tapi kalau bab game tu aku tak sure puas ke tak...? 

harga : RM 1.5K ++



-SAMSUNG SL/S PLUS-

Samsung sl or s plus pun ok jugak... tapi kalau dapat S II lagi ok.. kan.. hihi.. tapi as a student like me, better beli sl je la.. murah pun murah.. kira mampu lagi la.. 

kelebihan : grafik nampak clear.. cantik.. 


harga : RM 1.3K ++


-iPhone-

iphone sebenar nya tak kisah la iphone 3gs, 4 atau 4s.. sebenarnya semua sama je.. yang bezanya dekat perfomance.. 

iphone memang terbaik.. sebab tu aku pakai iphone sekarang nie.. ahaks..!


harga : 2nd -RM 1.5K ++





So, tiada lagi kan masalah mengenai smartphone... tepuk poket tanya duit.. ada duit lebih beli yang betul betul dapat memuaskan hati anda.. hehe..


assalamualaikum.
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, December 24, 2011

Review Malaysia | Need For Speed (NFS) The Run 2012

salam...

Need For Speed The run.. buat pengetahuan semua, NFS The Run nie baru je keluar.. kira game paling awal la di tahun 2012.. so apa bezanya NFS The Run nie dengan NFS yang terdahullu...? owh.. tersangat la banyak bezanya... 




okeh.. sebelum tu trailer NFS The Run nie telah di buat oleh pengarah transformer.. brother michale Bay... perrgghh..! memang superb la trailer dia.. tapi kalau korang perasan ada unsur unsur transformers sikit.. contohnya dekat sound dia.. ahaks..!




terbaik kan..??

okeh ini ada sedikit review mengenai NFS The Run.. 


1. GRAFFIC (NVIDIA)

Buat pengetahuan gamers sekalian, nfs the run nie tersangat lah memakan graffic yang sangat tinggi.. sebagai bukti, boleh refer gambar di bawah.



see.. ada berlaku error kan.?? sebenarnya bukan error apa pun, just performance game NFS The Run nie perlukan graffic yang tinggi.. kerna apa..? sebab ada sintemetik di dalam permainan game nie...?

so apa yang perlu buat...?

1. pergi ke nvidia website. [klik sini]

2. search korang nyer model graffic card kat laptop/pc. model apa? nanti dia akan bawak korang ke web download latest graffic card model korang tu..

3. install..

p/s: tapi....... akan berlaku error pada korang nyer laptop bila install.. maksud aku bila korang reboot balik.. senang bila dah install jangan reboot, terus je main.. dah habis main roll back balik ke graffic card asal.. 

p/s: bila nak main je install.. (error di maksudkan screen korang akan jadi gelap gelita.. terpaksa masuk guna safe mode untuk roll back..)

p/s: ah..! panjang lak kalau aku nak cerita kat sini, nanti aku buat 1 entry khas pasal nie.. siap tutorial lagi.. 



2. JALAN CERITA.

ha.... ini memang terbaik.. jalan cerita dia memang senang nak faham.. korang akan taw siapa yang bawak cerita nie.. 




nampak mamat macho yang tengah lari tu...? ha..! itu lah karektor korang.. korang taw siapa yang bawak kereta tu.. sangat berbeza dengan NFS Most wanted dan sebelumnya...


3. BELASAH POLIS DAN LARI DARI TAHANAN POLIS.

Yang ini merupakan daya tarikan NFS The Run.. korang boleh belasah polis tu bila kena tahan.. dan lagi best, bila dah belasah kaw kaw, korang siap boleh bawak lari lagi kereta polis tu.. terbaik kan..? dah macam main GTA pulak.. hahaha..





nampak..? tak pasal pasal kena belasah polis tu.. memang gangster.. hehe..



4. Real Drive.

maksud real drive nie, bila korang bawak kereta dalam kelajuan yang sangat tinggi pastu accident dengan kereta lain, kereta korang akan wreck (Kemek/remuk). so, korang kena pandai pandai cilok la.. fuh..! susah kan..? tapi puas hati.. 







kesimpulannya, need for speed The Run memang yang terbaik.. disamping jalan cerita yang sangat menarik + dengan graffic yang sangat cantik.. memang owesome..



»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, December 21, 2011

Wordless wednesday | Nokia 3310

Salam 1 blogger.

Wordless kan?? So, kena la tulis ringkas ringkas. Hehe. Nokia 3310. Rasanya the 1st phone yang aku pakai. Nostalgia kot.





Nokia 3310. Ingat lagi masa 1st beli.. Mahal kot harga dia. Rm600++ kalau tak silap. Tapi yang best nyer pasal 3310 nie dia nye strength la. Kuat wooo. Campak kat dinding masih boleh run. Tabik spring la.


P/s: kalau tiada yang lama, maka tiada la yang baru..


- Posted using BlogPress from my iPhone 4S
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, December 20, 2011

Oh! Facebook | Kerana Facebook Aku... [PART 1]

salam.. berapa hari tak update??? 3 hari...? tak lama lagi.. dulu pernah sebulan tak update..

okeh..! ada facebook...?? tahu tak kerana facebook bermacam macam perkara boleh berlaku... dan, ini bukan auta ok.. fakta.. dan, dah rasa macam terlalu kerap dah perkara macam nie berlaku..

KERANA FACEBOOK KAWAN BERTUKAR MUSUH



kawan jadi musuh...?? biasa la tu.. banyak la faktor kenapa member kita boleh jadi musuh.. antaranya pasal pakwe/makwe nie... erm.. boleh jadi jugak.. betul tak..? kalau si pakwe/makwe dia asyik komen dengan member kita siap bermanja manja lagi tak berbulu kau... betul..?


COUPLE BOLEH GADUH SEBAB CEMBURU

hahaha... kata cemburu tandanya sayang.. adoi.. tapi kalau terlalu cemburu pun susah jugak der.. nie kalau bukak wall pakwe/makwe kita siap ada orang komen sayang sayang lagi... amacam..? leh sabar lagi ker der??? ahaks..!

 COUPLE BOLEH BERPISAH
  
Ha... nie la padahnya kalau terlalu cemburu... ades... cemburu pun salah.. tak cemburu pun salah..  tapi aku tengok macam dah banyak je couple clash sebab facebook nie... sebelum nie, aku tengok awek nie in relationship dengan mamat nie.. sekarang nie single.. ahaks...! apa sudah jadi woii...!


sebenarnya banyak lagi isu yang aku nak kupas pasal facebook nie.. tapi kenkangan masa yang tak izinkan.. okeh.. nak sign out nak study.. esok test math.. :)
*sambung part 2.. insyaallah..

p/s: thanks mama nor lara sudi komen and blogwalking kat blog nie.. tak sempat nak lepak kat blog member lain.. hihihihii
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, December 17, 2011

Siapa Ariff Alfian Rosli?

entry ini adalah dicopy sebulat-bulat nya daripada Wikipedia.




ARIFF ALFIAN ROSLI





Ariff Alfian Rosli adalah pelajar tajaan Petronas,Malaysia di University College Dublin (UCD), Dublin ,Ireland jurusan perubatan. Ariff adalah anak kedua dari empat beradik kepada Roslin Haron.










PELAJAR TERBAIK SPM

Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom(UK).

Ariff mengikuti pengajian praklinikal dari 2003-2005 seterusnya klinikal (2005-2008). Sehingga 2008 masih belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.Malangnya Petronas enggan menambah tajaan 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup .

Ariff enggan menyambung pengajian di Malaysia kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan Ariff dan bapanya terjejas. Petronas pula menuntut lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

MENGHILANG DAN DI TEMUI SEMULA.

Pada 14 Disember 2011, Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci Ariff Alfian kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin. 

Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya kerana terikat dengan akta tersebut. Status Ariff Alfian di Dublin sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di negara ini.

Sejak 2009, bapanya, Rosli Haron (56 tahun) cuba mengesan lokasi anaknya yang putus hubungan tetapi gagal. Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya. Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra telah menerima laporan kehilangan pada 2009. Rosli Haron adalah pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkhidmat selama 31 tahun.

Dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.


Malangya Ariff Alfian tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya. Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa mahukan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada Petronas , masyarakat Malaysia di Dublin. Pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.Tapi Jun 2009, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.




P/S: BOLEH BACA JUGA ARTIKEL DARIPADA UTUSAN MALAYSIA


»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, December 16, 2011

[Panas] Gambar Ariff Alfian Rosli Pelajar Tajaan Petronas Berkhawin Dengan Lelaki Bernama Jonathan

assalamualaikum semua..

anda kenal dengan Ariff Alfian..?? yes... saya baru sahaja kenal dia nie... seorang pelajar malaysia yang melanjutkan pelajaran ke ireland dengan tajaan petronas.. dan telah penuh berkhawin dengan seorang lelaki dari ireland yang bernama jonathan..

dan.. apa yang mengejutkan saya, beliau ada seorang muslim.. dan beragama islam.. berkhawin pula dengan seorang lelaki.. hm... susah nak cakap.. nak kata bebal, sudah pun melanjutkan pelajaran jauh ke menara gading.. luar negara lagi tu...













banyak teka teki yang bermain di fikiran sekarang nie... persoalannya :


1. adakah ia sudah lupa dengan ajaran baginda nabi s.a.w ??


2. adakah disebabkan faktor persekitaran dengan gaya hidup orang barat..?


3. atau.. adakah disebabkan oleh sejarah hitam hidup beliau..?


waallahuallam... 


buat ariff.. anda masih mampu lagi berpatah balik ke jalan yang benar...
»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, December 15, 2011

Kisah Sedih Ibu Itik Dan Anak Anaknya.

fuhh..! memang sangat sedih kalau korang semua tengok gambar di bawah nie dengan teliti dan hayati...



pada suatu hari, ibu itik membawa anak anak nya bersiar siar.. bersiar siar menikmati keindahan alam semua jadi..

kelihatan anak anak itik sangat gumbira sekali kerana dapat bersiar siar bersama sama ibu tercinta.. 

ada yang terlompat lompat.. ada yang terkinja kinja..



dalam menikmatti keindahan alam itu, ibu itik terlah TERbawa anak anak nya ke satu gaung yang sangat dalam yang dipanggil longkang..

dengan hati yang sangat kering, ibu itik itu dengan selambanya menyeberangi gaung itu tanpa memimpin seekor pun anaknya..


AKIBATNYA....?




 Akibat nya, hampir kesemua anaknya jatuh kedalam gaung yang sangat dalam itu..

ibu itik hanya mampu melihat anak anak nya terkapai kapai kelemasan..

ada yang dihanyutkan air, ada yang cuba memanjat dinding untuk keluar.





erm.. sadis kan..?? sedangkan haiwan pun sayangkan anak.. inikan pula manusia.. itu pun ada yang sanggup buang anak kat tong sampah, itu la ini la... renung renungkan...
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, December 7, 2011

Muzium Kapal Selam SMD Quessant di Melaka [Gambar]

tak pasti la pulak mana dapat berita nie.. sama ada di surat khabar or kat tv3.. tapi itulah yang aku dapat tahu.. kapal selam jenis SMD Quessant yang berharga RM12.6 JUTA akan di pamerkan di Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka.. 

so, mana yang berhampiran dengan klebang boleh la melihat kapal selam nie dengan lebih dekat.. untuk entry nie, aku lebih kepada gambar je.. sebab tak banyak sangat info pasal kapal selam nie.. ok..?








p/s: teringin jugak nak tengok kapal selam nie dari dekat..
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, December 6, 2011

KL Gangster 2 Prequel (Sinopsis Penuh, Gambar)

assalamualaikum..

"amacam bro...? lama tak update.. mana pergi..?"

"alamak.. guwa sibuk sikit la der... ada program universiti guwa kena handle nie... sebab tu lu tengok blog guwa nie bersawang kat shoutmix, follower so tengah malam ni guwa free, guwa update sikit ok... boleh der...."



ahaks....! itu just ambek mood je untuk nak story mory pasal Filem KL Gangster 2 nie... dah tengok kl gangster 1 kan..? so no point la kalau cakap tak sabar nak tengok KL Gangster 2 nie...



pasti yang akan bertanya kan kenapa KL Gangster 2 (Prequel) ...?

Difahamkan, filem ini berbentuk “prequel”. Syamsul Yusuf sengaja menghasilkan filem “KL Ganster 2″ dalam bentuk ‘prequel” dimana beliau inginkan sesuatu yang impak yang berkesan terhadap kisah silam Malik sebelum dia terjerumus ke lembah kegiatan jenayah.

Ia masih mengekalkan pelakon lama dalam filem KL Gangster 1 dahulu dan ada penambahan pelakon hero malaya iaitu Rosyam Nor sebagai TAILONG dalam filem ini. (taiko castelo beb..!)

Filem ini telah pun mulakan pengambarannya pada 1 Disember 2011 dan memakan masa pengambarannya selama 45 hari. Lokasi pengambaran ini berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan juga di Batu Gajah, Perak.

Barisan pelakon untuk filem ini seperti Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor.


Sinopsis KL Gangster 2 (Prequel)

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. 


Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.

   
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

   
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

  



apa yang pastinya memang dah tak sabar sangat nak tunggu KL Gangster 2 Prequel nie...


p/s: info mengenai KL Gangster 2 akan diupdate dari masa ke semasa.. 
»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, December 2, 2011

Video Youtube Plaza Metro Kajang Banjir 2011

rasanya bukan perkara biasa kajang nie banjir.. sebab sebelum nie pun pernah banjir jugak.. memang teruk.. dan sangat teruk...

masa call miss zairie semalam (01/12/2011) dia cakap memang kat kajang hujan lebat sangat.. tidur pun confirm tak nak bangun.. thats why perkara macam nie boleh berlaku..

ingat lagi masa pergi kajang naik perodua kembara.. air sampai tayar.. kembara beb.. saga @ lancer @ lomborghini macam mana pulak..? dah sah sah tengelam punya..

nie video youtube dari sahabat kita yang sempat rakam kejadian banjir di kajang..





dari apa yang saya lihat, hampir kesemua tayar kereta dah tak nampak dah.. kalau air masuk enjin dah confirm confirm kena overhall nyer..

lagi satu, kesian pulak dekat peniaga di aras bawah.. terpaksa mengalihkan barang dia orang kat tempat yang lebih tinggi dan selamat..


so, apa yang perlu buat..?? sampai bila kita penduduk kajang kena hadapi semua ini..? 

kerajaan selangor perlu lakukan sesuatu terutama majlis perbandaraan kajang sebelum tsunami melanda kajang..

sekian..


»»  BACA SELANJUTNYA...