HuzairieHusinBlog: KL Gangster 2 Prequel (Sinopsis Penuh, Gambar)

Tuesday, December 6, 2011

KL Gangster 2 Prequel (Sinopsis Penuh, Gambar)

assalamualaikum..

"amacam bro...? lama tak update.. mana pergi..?"

"alamak.. guwa sibuk sikit la der... ada program universiti guwa kena handle nie... sebab tu lu tengok blog guwa nie bersawang kat shoutmix, follower so tengah malam ni guwa free, guwa update sikit ok... boleh der...."



ahaks....! itu just ambek mood je untuk nak story mory pasal Filem KL Gangster 2 nie... dah tengok kl gangster 1 kan..? so no point la kalau cakap tak sabar nak tengok KL Gangster 2 nie...



pasti yang akan bertanya kan kenapa KL Gangster 2 (Prequel) ...?

Difahamkan, filem ini berbentuk “prequel”. Syamsul Yusuf sengaja menghasilkan filem “KL Ganster 2″ dalam bentuk ‘prequel” dimana beliau inginkan sesuatu yang impak yang berkesan terhadap kisah silam Malik sebelum dia terjerumus ke lembah kegiatan jenayah.

Ia masih mengekalkan pelakon lama dalam filem KL Gangster 1 dahulu dan ada penambahan pelakon hero malaya iaitu Rosyam Nor sebagai TAILONG dalam filem ini. (taiko castelo beb..!)

Filem ini telah pun mulakan pengambarannya pada 1 Disember 2011 dan memakan masa pengambarannya selama 45 hari. Lokasi pengambaran ini berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan juga di Batu Gajah, Perak.

Barisan pelakon untuk filem ini seperti Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor.


Sinopsis KL Gangster 2 (Prequel)

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. 


Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.

   
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

   
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

  



apa yang pastinya memang dah tak sabar sangat nak tunggu KL Gangster 2 Prequel nie...


p/s: info mengenai KL Gangster 2 akan diupdate dari masa ke semasa.. 

3 orang gemar komen entry aku:

  1. mama tak mahu tgk ceta2 cam ni..ganas sgt !!!..sakit dada tgk diaotrg bergaduh & berlawan..hu2x..

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)