HuzairieHusinBlog: 2012

Friday, December 7, 2012

Burger Bakar Abang Burn Sungai Ramal Kajang

assalamualaikum..

sekarang burger bakar dah jadi satu fenomena makanan dalam malaysia nie.. so tak hairanlah kalau McD dah kurang customers nye.. dah la mahal.. israel pulak tu.. 

ok.. stop sampai situ..

hari tu (masa cuti berblog), saya sempat singgah ke burger bakar abang burn dekat jajahan sungai ramal.. alkisah teringin la pulak nak makan dek kerana member member FB dah bising pasal burger bakar nie.. so, apa salahnya tak kalau kita mencuba sesuatu yang baru..






orang kata, tak kenal maka tak cinta.. so, mencuba sesuatu benda yang baru ni buat kan saya teruja untuk mencuba burger bakar ni.. 

jadi hari tu, tepat pkul 5 petang, terus ke Burger bakar abang burn dekat sungai ramal.. rasanya masa saya datang tu, kedai baru sebulan dua buka.. sebab sebelum nie pun tak pernah nampak...


okeh.. cuba celoteh panjang panjang nie... mau kasi korang layan gambar gambar burger bakar abang burn...




daging burger yang di bakar.. so far, dating dia memang tebal gila than daging burger yang biasa biasa tu.. so, berbaloi la dengan harga dia..




dengan burger bakar yang meleleh macam nie, sudah semestinya buat pengemar sos leleh macam saya ni tangkap cair.. memang suka...! terbaik..!



mungkin menu di bawah ni boleh jadi rujukan buat korang semua.. harga berpatutan dan mampu beli...





lokasi kedai burger abang burn jajahan sg.ramal kajang.





to abang burn.. burger anda memang sedap.. terbaekk...!!


# semua gambar telah di copy dari fan page rasmi burger bakar abang burn. [klik sini]
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, December 5, 2012

Masih Ingat Lagi..

assalamualaikum..

alhamdulillah.. sudah lama rasanya blog ini tidak terupdate.. terlalu lama sangat saya menyepi.. ye.. lama sangat.. rasanya entry saya yang terakhir adalah bertarikh pada 14hb 06 2012.. so, kira nya sudah hampir 4 bulan saya tidak update.

erm.. 4 bulan tanpa blog, terlalu panjang untuk saya ceritakan pada entry ini.. insyallah next entry saya akan follow up selama 4 bulan ni.. insyaallah, saya kan cuba ceritakan dan berkongsi pengalaman menghilangkan diri selama 4 bulan ini... 


wajah terbaru penulis.. lebih kemas dan berketerampilan... ^_^ ..

untuk entry ini saya lebih gemar untuk meluahkan apa yang terpendam.. sesuai dengan sekali tajuk entry kali ini..

" Bukan Selamanya Manusia itu Sentiasa Berada Di Atas.. "


masih ingat lagi..

waktu zaman kegemilangan saya berblog bersama sahabat saya zackentry. sama sama update blog bila bangun tidur.. sama sama berlumba untuk mendapatkan trafik yang mantap di samping berkongsi idea dan strategi berblog..


sekarang ni saya tengok zackentry pun dah senyap dah.. dia senyap dulu.. saya follow kemudian.. insyaallah saya kan konsisten semangat yang ada ni..


Masih Ingat Lagi..

waktu saya mendapat setiap kejutan dari nuffnang.. di mana saya mendapat tiket percuma layan cerita kat wayang.. layan konsert aznil horey horey.. main golf dengan geng geng blogger yang mesra lagi penyanyang.. fuh..! indahnya berblog...


Masih Ingat Lagi..

waktu saya punyai rakan-rakan blogger yang sentiasa menjadi rakan kamcing saya... antaranya blogger zackentry semestinya, blogger mama nor lara.. blogger khairul anuar dan ramai lagi untuk saya sebut satu persatu satu.. 



Masih Ingat Lagi..

waktu tiap tiap bulan dapat cek dari nuffnang.. boleh dikatakan tiap tiap bulan kaya.. lepas untuk duit makan.. terima kasih nuffnang.. jasa mu dikenang...

Masih Ingat Lagi..

waktu saya pasang iklan adverlets sampai boleh cash out.. tapi sampai sekarang tak dapat bayarannya.. fuh..! hati memang bengang tak terkata.. malas nak mengungkit pasal ni kat entry ni.. lain kali lah cerita ea...


that's all for today.. terlalu banyak untuk saya cerita untuk korang semua.. insyaallah suatu hari nanti...

lagi satu.. terima kasih kerana terus menyokong saya.. terima kasih...



»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, June 14, 2012

Cara Solat Sambil Mendukung Bayi

assalamualaikum..

terjumpa satu info yang sangat berguna di facebook.. cara-cara solat sambil mendukung bayi... biasanya ia amat sesuai untuk ibu dan bapa yang baru berkhawin dan punyai anak pertama..




selamat bercuba... tiada mustahil dalam islam.. islam itu indah... :)

»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, June 13, 2012

Gambar TGV Cinema Baru Yang Owesome Di Bukit Indah Jusco Johor Bahru

Assalamualaikum..

wow..! baru tahu yang tgv cinema di jusco bukit indah johor baharu antara cinema yang owesome....! lihat sahajalah gambar di bawah... sudah mampu menggambarkan segalanya...









dengan kerusi yang selesa ditambah pula dengan adanya batal pelok sudah pasti membuatkan setiap penonton mampu melayani filem berduration 4 jam.. hehe



# Tak sure pulak hanya di TGV Bukit Indah sahaja atau seluruh TGV...
»»  BACA SELANJUTNYA...

Senarai Penuh Laman Web Biasiswa dan Tajaan Pendidikan Malaysia

assalamualaikum.

di sini saya ingin berkongsi sedikit info yang sangat berguna kepada semua mahasiswa malaysia berkenaan senarai Biasiswa dan Tajaan pendidikan yang terdapat di malaysia..di harapkan memberi seribu manfaat kepada anda semua.




bnm: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=675&ac=666

UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html

Sime Darby: http://www.simedarby.com/

scm: http://www.sc.com.my/

TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/

TM: http://ytm.tm.com.my/

Petronas: http://spmonline.petronas.com.my/

PNB: http://www.pnb.com.my/

Shell: http://www.shell.com.my/

yysan pljrn mara: http://jadypm.edu.my/

JAKIM: http://www.islam.gov.my/

recom: http://www.recom.org/forum/portal.php

eputra: http://eputra.com/

http://esilav2.jpa.gov.my/

1)PTPTN
www.ptptn.gov.my

2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
www.yayasantar.org.my

3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
www.feldaholdings.com

4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
www.jpa.gov.my

5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
www.sabah.gov.my/jpan

6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
www.psc.sarawak.gov.my

7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
www.biasiswa.sabah.gov.my

8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
www.maiamp.gov.my

9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
biasiswa.perak.gov.my @ www.perak.gov.my

10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
www.maij.gov.my

11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
epp.penang.gov.my

12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
www.selangor.gov.my

13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
tapem.melaka.gov.my

14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
www.frim.gov.my

15) Gamuda Berhad
www.gamuda.com.my

16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
www.jkmwpkl.gov.my

17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
www.kwsp.gov.my

18) Lembaga Zakat Selangor
www.e-zakat.com.my

19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
www.bankrakyat.com.my @ www.yayasanbankrakyat.com.my

20) Majlis Amanah Rakyat
www.mara.gov.my

21) Pusat Zakat Sabah
www.zakat.sabah.gov.my

22) Yayasan Negeri Sembilan
www.yns.gov.my

23) Skim Biasiswa National Science F
www.masduke.net/download/nsf.doc

24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
www.mosti.gov.my

25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
www.perkeso.gov.my

26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
www.pnb.com.my

27) Sarawak Shell Berhad
www.shell.com.my

28) Sapura Industrial Berhad
www.sapuraindustrial.com.my

29) Terengganu Advanced Technical Institute
www.tatiuc.edu.my

31) Yayasan Felcra
esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html

32) Yayasan Pahang
www.yp.org.my

33) Yayasan Sabah
www.ysnet.org.my

34) Yayasan Selangor
www.yayasanselangor.org.my

35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
yayasan.tnb.com.my

36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
www.yakin.kelantan.gov.my

37) Yayasan Terengganu
www.ytrg.terengganu.gov.my

38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
www.johordt.gov.my/ypj

39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

http://esilav2.jpa.gov.my/
esilav2.jpa.gov.my
http://esilav2.jpa.gov.my/
esilav2.jpa.gov.my
»»  BACA SELANJUTNYA...

Sukar ke Memujuk Perempuan Yang Merajuk?

assalamualaikum.

erm..dah lama ye rasanya saya tidak bercoloteh pasal cinta nie... biasanya pasal isu semasa... Tapi apalah salahnya jika sesekali bertukar angin menghala ke timur pula..

Dan tajuk yang bermain di fikiran saya sekarang ni adalah "Sukar ke Memujuk Kekasih Hati Yang Merajuk?"



comel la picture nie.. kredit tu Blogger Ain Zulaikha.


kembali kepada tajuk perbincangan kiita.. Selalu saya tengok mereka yang dah couple ni, bila sebelah pihak merajuk biasanya bukan lah disebabkan oleh kes kes yang berat... hal kecik je kata orang dulu dulu..benda boleh settle... tapi itu lah... adat bercinta... mesti tahap kemanjaan dia lain sikit...

secara teorinya tidaklah terlalu susah nak memujuk wanita yang merajuk nie.. cuma perlukan beberapa teknik yang berkesan untuk menjayakan misi dan misi...

so, apa yang lelaki perlu buat....?

1. Lembutkan Mulut untuk memohon maaf.. jangan terlalu ego dengan diri sendiri.. biasala perempuan... sifat manja dia lain macam sikit...tu belum kawin lagi.. kalau dah kawin....?

2. Kalau kes berat, better biarkan dia 2-3 hari... agar dia boleh berfikir secara rasional.. biasanya kalau time time angin monsun ni, mood dia kurang baik sikit.. takut ada yang naik muka nanti.

3. berikan lah dia sejambak bunga. - Rata rata perempuan cakapje tak suka bunga..tapi kita jangan lupa, bunga dan perempuan memang tak dapat di pisahkan... sebaiknya buat lah suprise dekat dia dengan memberi sejambak bunga dengan ucapan maaf walaupun ia bukan silap kita..


last but not least, lagu yang mampu membuatkan anda tersentuh.


see you.





»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, June 12, 2012

Biodata Penuh Ustaz Azhar Idrus

assalamualaikum..

09 jun 2012 yang lepas saya berkesempatan untuk menghadiri ceramah agama yang disampai oleh ustaz azhar idrus.. ye la.. biasa dengar ustaz ceramah dekat youtube dan fan page dia je.. so bila dia turun batu pahat buat ceramah, masa ni la kita nak merasakan "Aura" ustaz azhar..




secara amnya, memang saya teringin nak mengenali ustaz azhar idrus nie secara lebih dekat.. so, setelah di google, ini lah yang saya dapat untuk dikongsikan bersama...

Latar belakang pendidikan Ustaz Azhar Idrus: 

Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.

1. Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6. 

2. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.

3. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh   12 tahun. 

4. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.


sedikit sedutan ceramah ustaz azhar di batu pahat baru baru ni..



# terkilan tak dapat dengar ceramah ustaz dan outing kerana berada di minggu exam.. tak pe.. ada umur dan rezeki pasti saya kan hadir ceramah agama ustaz..  :)








»»  BACA SELANJUTNYA...

Monday, June 4, 2012

Kelebihan Window 8 Release Preview 2012

assalamualaikum..

dah lama blog ini terbiar... dan kali ini, alhamdulillah saya diberikan kekuatan untuk mencoretkan serba sedikit di hamparan blog saya...  Mungkin ramai yang sudah sedia maklum berkenaan window 8 yang diwar-warkan oleh microsoft.. Dan saya sudah upgrade laptop asus saya ni dari window 7 kepada window 8 release preview.



memang teruja bila dapat mencuba window8 yang baru ni.. terasa seperti pakai laptop baru.. dan yang paling penting, terasa baru sahaja belajar mengenali dunia computer.. yup.. totally transform... 

dan di sini saya cuba untuk berkongsikan idea dan pandangan saya mengenai window8 yang baru sahaja saya cuba...


1. INTERFACE

kemas... itu yang saya boleh katakan... window 8 di lengkapi dengan interface  yang sangat kemas. tidak seperti window terdahulu yang gambar bukit menjadi wallpaper rasmi window.. tetapi tidak pada window 8. apa yang anda lihat dalam gambar di atas, itulah interface rasmi untuk window 8.. so owesome..!

2. PERFORMANCE

so far laju... install, run program sangat laju... tiada masalah... mungkin ia bergantung juga kepada RAM dan processor yang laptop anda gunakan..

3. JUAL BELI ONLINE


apa yang saya dapat lihat, microsoft nampak gayanya dah mula meniru gaya apple.. menggalakkan user download.. its so good.. memandangkan kemana sahaja ada wifi, maka tiada masalah untuk download or subscribe news or so on...

4. ONE CLICK ON HOME SCREE

Itu yang menarik pada window 8 ni.. hanya satu click saja pada menu shortcut, ia sudah membawa anda ke apps tersebut.



sekian... semoga memberi manfaat kepada anda.. insyaallah nanti saya akan ajar cara install window8 ^_^
»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, April 28, 2012

Gambar Terkini BERSIH 3.0 ( 28 april 2012)

Salam 1Malaysia.

Terkini gambar penyokong bersih 3.0 disekitar Dataran merdeka 28 april 2012.













Insyaallah saya akan update gambar terkini BERSIH 3.0


# Budaya Kita Wajah Kita.

»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, April 12, 2012

Filem Lucah Pertama 1985!

Assalamualaikum..

sebenarnya saya tiada niat untuk menaip entry nie.. tapi satu perkara yang membuatkan saya terfikir. sejarah. ye.. sejarah filem lucah nie.. kalau difikirkan dek akal fikiran memang macam susah nak di terima.. Kalau kita tengok sekarang, terlalu banyak filem lucah.. dekat pasar malam.. walhal dalam laman sesawang pun bersepah.. kadang-kadang bila bukak youtube pun ada jugak advertise lucah nie.. erm...



Sejarah Filem Lucah

Filem lucah dihasilkan tak lama selepas projektor gambar bergerak pertama ditemui pada tahun 1895. Dua orang yang menjadi perintis dalam dunia pornografi adalah Eugène Pirou dan Albert Kirchner, yang mengarahkan filem porno pertama di bawah nama dagang "Lear".

Filem-filem karya Pirou menginspirasi pembuat filem Perancis yang lain untuk membuat filem yang menampilkan wanita-wanita yang menanggalkan pakaiannya.Film-filem seperti ini benar-benar menjanjikan keuntungan besar saat itu.kerana hampir tidak diketahui Pirou sebagai pembuat filem Lucah, kredit sering diberikan kepada filem-filem lain untuk menjadi filem lucah yang pertama.





Salah satu usaha yang paling ilmiah untuk mendokumentasikan asal-usul perdagangan "Fim ikek ikek" @ Filem Lucah dilakukan oleh Dave Thompson dalam filem dokumentari "In Black and White and Blue (2008)".

 Ia menceritakan banyak bukti bahawa industri seperti ini pertama kali muncul di Buenos Aires dan bandar-bandar Amerika Selatan yang lain saat pergantian abad, dan kemudian dengan cepat tersebar ke seluruh Eropah Tengah selama beberapa tahun berikutnya, namun tidak satu pun dari filem-filem lucah awal ini dikenali secara meluas.

Menurut Patrick Robertson dalam buku Film Facts, 'filem lucah yang paling awal yang dapat dipastikan tarikh pembuatannya adalah A L'Ecu d'Or ou la bonne Auberge' dibuat di Perancis pada tahun 1908; plotnya menggambarkan seorang askar lelah yang mempunyai janji untuk bertemu dengan seorang pelayan wanita di sebuah penginapan.

El Satario dari Argentina mungkin malah lebih tua lagi. Robertson mencatatkan bahawa 'filem-filem lucah tertua yang masih ada tersimpan dalam Kinsey Collection di Amerika.Sebuah filem menunjukkan bagaimana konvensyen-konvensyen lucah mula-mula ditetapkan.

Film Jerman Am Abend (sekitar 1910) adalah, demikian tulis Robertson, 'sebuah filem pendek sepuluh minit bermula dengan seorang perempuan yang memuaskan dirinya sendiri di biliknya dan kemudian beralih dengan menampilkan dirinya sedang berhubungan seks dengan seorang lelaki, melakukan fellatio (blowjob) dan penetrasi anal. Film lucah tersebar luas di era filem bisu tahun 1920-an, dan sering dimainkan dalam rumah pelacuran. Kerana saat itu filem porno masih dicap haram, maka blue filem atau stag film (sebutan untuk filem lucah) dihasilkan secara sembunyi-sembunyi mulai tahun 1940an. Filem-filem tersebut kemudian diedarkan secara peribadi atau oleh pedagang sekeliling dengan risiko penjara jika tertangkap.





Nota Kaki : 

kalau lah filem nie tidak di publish, saya percaya mungkin di zaman yang pesat membangun sekarang nie tidak akan ada isu isu pembuangan bayi, kes rogol dan bermacam lagi.. di sebabkan satu masalah sosial, kita terjebak dengan pelbagai jenayah yang tidak kita sedari...
»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, April 11, 2012

Gambar Gempar Bumi [Earthquake] Di Acheh, Indonesia 11 april 2012

assalamualaikum..

petang ni boleh dikatakan agak kecoh sedikit dengan isu gempa bumi di acheh.. setahu saya, semalam [10/04/2012] tidak dengan akan amaran tsunami nie.. tapi, ini lah kuasa allah.. Dia lebih mengetahui apa yang akan berlaku.. waallahuallam..

Di sini, saya cuba berkongsi dengan pembaca sekalian gambar gambar yang ambil pelbagai laman web untuk tatapan dan renungan sahabat semua.. harap kita yang tidak lah sangat merasai gegarannya dapat lah mengambil iktibar dari apa yang berlaku...




dari gambar di atas, kita dapat ligat magnitud 8.9 telah dicapai.. apa yang faham, ia boleh di kategori kan sebagai satu amaran atau petanda awal tsunami/ombak besar akan tiba..


Gambar Sekitar air persisiran pantai Patong Thailand sudah mula berkurangan.


Gambar pantai di Phuket, Thailand yang semakin susut..



Gambar panik pengunjung sunway Carnival Prai sewaktu gempa bumi. Apa 

yang kita dapat lihat pengunjung bersesak sesak menyelamatkan diri..




GAMBAR SEKITAR BANDAR ACHEH, INDONESIA





Penduduk acheh bersesak untuk keluar dari bandar acheh...



sama-samalah kita berdoa agar semuanya akan selamat...


"Tidak akan datang Kiamat sehingga banyak terjadi gempa bumi" - Shahih Bukhari
»»  BACA SELANJUTNYA...

Friday, April 6, 2012

Proton Preve Yang Owesome [5 Gambar, Video Teaser]

assalamualaikum..

ramai yang sudah sedia maklum yang proton sudah memperkenalkan satu jenama kerta baru.. Proton Preve.. erm.. Preve.. satu nama yang sangat indah dan sedap di dengar.. sesuai dengan maknanya...Buat pengetahuan mereka yang masih lagi belum tahu bilakah preve ni dilancarkan...? Preve dilancarkan pada 15 Mac 2012.. dan setakat ni apa yang saya maklum, preve dah banyak orang book.. wow..! amazing... =)


Gambar 1.0 : Full body part preve.. smart +Garang



Gambar 1.1 : wow..! dah macam Proton Tuah.. kereta yang sesuai nak Ayat Pramugari :)


Gambar 1.2 : ruang dalam yang nampak elegent.. Smart + Selesa.


Gambar 1.3 : lampu belakang yang stylo.. macam mithsubishi.. kacak..


Gambar 1.4 : sportlight..! tak perasan lak ada.. tapi semua kereta ada sport light kan..?? 


mungkin ada yang rasa tidak puas bila tengok gambar je kan.. so, saya serta kan sekali video teaser  untung tatapan umum..



Menurut klip tersebut, PREVE akan memiliki beberapa aksesori moden seperti anti lock braking system, enjin dihidupkan dengan hanya menekan butang, 7 speed Protonic paddle shifters, electronic stability control, electronic brake distribution (EBD), auto rain sensor (pengesan hujan), auto light sensor (lampu hadapan nyala sendiri bila keadaan menjadi gelap).

Ia juga dilengkapi dengan screen sesentuh (touch screen), GPS dan sambungan internet 4G.

Mungkin ramai yang akan berkata semua itu adalah aksesori yang standard dan biasa ditemui dalam kereta Jepun atau Eropah, namun bila Proton mula memperkenalkan semuanya secara sekali gus dalam sebuah kereta yang dijanjikan hebat, maka ia memperlihatkan komitmen luar biasa syarikat berkenaan. " - http://mynewshub.my



# Harga proton preve nie kalau tak silap dalam RM 62,000.. 

»»  BACA SELANJUTNYA...

Wednesday, April 4, 2012

Apa Bezanya Fitnah Dengan Gosip?

assalamualaikum..

hampir sebulan sauya tidak menyentuh papan kekunci blog nie.. baru perasan terdapat perubahan pada tab blog.. dan lagi satu.. terima kasih kepada rakan saya kerana memaksa saya untuk update blog.. tiap tiap hari dok bising " bila hang nak update blog hah..! " cet.. bising telinga..

so, hari nie saya nak cerita sedikit apa bezanya fitnah dengan gosip nie...? nampak macam tak ada bezanya kan...? tapi kalau kita definisi kan kedua dua ayat nie, kita akan tahu ia adalah satu makna yang sama...



Definisi Fitnah

- melemparkan sesuatu tuduhan yang tidak berasas kepada mereka yang tidak bersalah.. 

biasanya fitnah nie banyak terjadi pada golongan orang yang berpolitik. dalam  kehidupan bermasyarakat kita pun kadang kadang kita kena fitnah.. 


Definisi Gosip.

melemparkan sesuatu tuduhan yang tidak berasas kepada mereka yang tidak melakukan sesuatu perkara itu..

erm... susah la nak dengar orang guna perkataan gosip.. biasanya golongan artis je guna perkataan gosip nie.. 

kalau kita tengok sekarang nie, banyak sangat artis baru kena gosip.. kesian kat mereka nie.. baru je nak naik dalam dunia hiburan nie.. hehe..


so, apa bezanya gosip dan fitnah nie..?? sama sama mengaibkan orang.. sama sama memalukan orang... persoalannya, adakah ia budaya kita?? 

fikirkan.. gunakan akal yang waras sebelum bertindak..

»»  BACA SELANJUTNYA...

Thursday, March 15, 2012

Update : Kedudukan Ranking Universiti Terbaik Malaysia

assalamualaikum..

alhamdulillah, sekali lagi kedudukan atau ranking universiti tempatan awam mahupun swasta telah pun di kemas kini. Dan apa yang kita dapat lihat di sini, terlalu banyak berlaku perubahan kedudukan universiti.. Dan apa yang mengejutkan saya, Universiti Sains Malaysia (USM) bukan lah lagi universiti terbaik malaysia...


senarai kedudukan rasmi universiti terbaik malaysia.

  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management

#Universiti saya UTHM jatuh ke tangga 19 berbanding dengan rangkin ke-12 sebelum ini.. insyaallah, pihak pentadbiran universiti akan memperbaiki ranking ini lantas menjadi kan UTHM sebagai universiti terbaik malaysia. amin.
»»  BACA SELANJUTNYA...

Tuesday, March 13, 2012

Aman Kampus UTHM - Anda Sebenarnya Telah GAGAL!

assalamualaikum..

alhamdulillah... minggu nie minggu yang sangat sibuk buat saya...  Okeh.. kali ni saya nak berkongsi dengan mereka yang kat luar sana berkenaan dengan Aman Kampus.. hm... apa sebenarnya ye Aman Kampus nie..? secara am nya, Aman Kampus lebih kepada program khidmat masyarakat...





sesuai lah dengan Tema Aman Kampus UTHM - Mahasiswa Bersama Masyarakat.




erm... Aman Kampus UTHM - Anda Sebenarnya Telah GAGAL! 


pada pandangan anda, kenapa saya katakan ia telah gagal...??  lihat lah gambar gambar di bawah..




-Pasukan konvoi aman kampus - 



-Prof TNC kita, pun turun padang jugak.. terbaik..! =)



-Peserta Aman Kampus berkhidmat untuk masyarakat-







- sempat lagi bergambar..-



-Mahasiswa Bersama Masyarakat-



Kembara aman kampus memang banyak memberikan impak yang positif kepada saya.. terlalu banyak sangat yang belajar.. ya.. mahasiswa dengan masyarakat memang tidak boleh dipisahkan.. saling berhubung kait antara satu sama lain..

okeh..! kenapa saya katakan "Aman Kampus UTHM - Anda Sebenarnya Telah GAGAL! "

Ok..Kepada Aman Kampus UTHM,ANDA GAGAL MENUNJUKKAN BAHAWA anda kaki demo,kaki pecah pintu,kaki menyusahkan orang.Sebaliknya anda berjaya membuktikan bahawa anda mahasiswa yang prihatin,dekat dengan masyarakat,intelek serta rasional.Semoga berjaya meneruskan baki program Aman Kampus UTHM..amin.. 


Dan BUKAN INI MASYARAKAT KITA MAHUKAN...!



Tetapi INI... - Mahasiswa Bersama Masyarakat...! -



Terima kasih Aman Kampus... we love Malaysia & UTHM..









»»  BACA SELANJUTNYA...

Saturday, March 10, 2012

Kenyataan Rasmi Pihak Pengurusan Low Yat Berkenaan Plaza Low Yat Banjir

assalamualaikum..

berita mengenai plaza low yat yang banjir teruk terus tersebar meluas... sehingga saya sendiri pun ada membuat entry berkenaan dengannya..

Dan terbaru saya ada menerima komen daripada pihak pengurusan low yat bahawa gambar low yat yang banjir teruk adalah fake! tipu! 




Gambar low yat yang telah di edit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab..


okeh... berikut merupakan komen yang dihantar oleh pihak pengurusan low yat kepada blog saya..

"Kami dari pihak Pengurusan Plaza Low Yat ingin memaklumkan kepada semua pembaca bahawa gambar banjir di Plaza Low Yat yang disiarkan di Facebook,laman-laman web dan sebagainya adalah gambar palsu. 

Kami ingin megesahkan bahawa sejak tahun 1999, Plaza Low Yat tidak pernah mengalami sebarang banjir berlaku sehingga masa kini. Kami telah mengenal pasti pesalah yang menyebarkan gambar palsu tersebut di Facebook dan di merata laman blok dan sebagainya. 

Kami akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pesalah tersebut yang telah memutar-belitkan fakta-fakta dengan tujuan memburukan imej Plaza Low Yat yang dikenali sebagai "Malaysia's Largest Lifestyle IT Mall" 


So, kesimpulannya kenyataan bahawa low yat banjir adalah tidak benar sama sekali... 

so, saya ingin meminta maaf kepada pihak pengurusan low yat kerana mengeruhkan lagi keadaan... 


#Aspirasi Dinamis Berkualliti.
»»  BACA SELANJUTNYA...