HuzairieHusinBlog: Mahasiswa Muhammad Safwan Anang Nazak Dibelasah Polis (FRU) Dalam Perhimpuan UPSI 01.01.12 [Gambar]

Sunday, January 1, 2012

Mahasiswa Muhammad Safwan Anang Nazak Dibelasah Polis (FRU) Dalam Perhimpuan UPSI 01.01.12 [Gambar]


Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 Masihi hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan.


Tragedi berdarah itu menurut sumber berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan berpunca akibat ‘kedegilan’ kumpulan mahasiswa terbabit bersurai setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis.

Diberitakan hampir 20 anggota polis dan FRU telah dikerahkan turun untuk mengekang pergerakan mahasiswa selain puluhan lagi ‘Special Branch’ yang berkeliaran sekitar himpunan sejak petang semalam.

Dua buah trak FRU juga ditempatkan di sana sejak malam semalam.

Safwan koma dibelasah
Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai.
Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa.


Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit.
Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya.
Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.
Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital ditemani beberapa rakan mahasiswa.
Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis.
Tujuh belas siswa ditangkap
Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli.
Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah (KAMI), Syukri Razab (SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.
Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka.




3 orang gemar komen entry aku:

  1. Jika benar dia dipukul pihak polis, keluarganya tak perlu tunggu, terus buat laporan polis, dapatkan khidmat guaman, dan saman PDRM. Sediakan laporan perubatan, gambar2 yang perlu dan segala bukti-bukti yang boleh digunakan di mahkamah. Kebenaran, InsyaAllah akan terbukti di Mahkamah kelak.

    ReplyDelete
  2. betul ke apa yg dilakukan olih mahasiswa terbabit?..sepatutnya blh dibincangkan secara baik !!..hu2x..tugas utama merek adalah belajar kerana mereka adalah harapan keluarga & negara..mama rasa bukan masa yg sesuai utk mereka membuat perkara2 begini..seolah2 mereka sengaja mahu menimbulkan ketegangan..lupakah mereka tugas2 mereka yg sebenarnya !!!..hu2x..

    ReplyDelete
  3. Innalillah kepada arwah Safwan Anang.. Dah berapa hari dia nazak.. semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman di Jannah.. **sarcasm intended**

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)