HuzairieHusinBlog: Video Koprat Perpustakaan UTHM | Perpustakaan Terbesar Asia Tenggara

Monday, January 16, 2012

Video Koprat Perpustakaan UTHM | Perpustakaan Terbesar Asia Tenggara

Salam 1 Blogger..

firstly bila bercakap pasal perpustakaan mesti ramai reader macam malas nak layan.. erm.. sama la macam aku.. ikutkan aku pun malas nak ambil port pasal library.. masa diploma kat kat politeknik dulu boleh kira berapa kali aku pi library.. tak best langsung lepak kat library.. Bosan..!

tetapi semua nya berubah bila aku masuk UTHM.. semua nya berubah.. dari benci mula sayang.. dari meluat mula cinta.. library UTHM memang banyak merubah semua sistem pembelajaraan aku.. hampir separuh dari masa aku, aku habis kan library..




Amacam..? agak macho kan library UTHM nie.. 

disini ada beberapa info ringkas pasal library UTHM nie..

1. berbentuk bulat. (360 darjah)

2. mempunyai 5 tingkat. dimana tingkar teratas merupakan pejabat pentadbiran Universiti. (bilik Naib Conselor)

3. ada bilik 24 jam.. datang pukul 3 pagi pun tak ada hal.


" Pada bulan Mei 2010, Perpustakaan UTHM telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai keluasan 16,000 meter per segi dan boleh memuatkan 300,000 naskhah koleksi.
Bangunan baru ini boleh menampung lebih kurang 3,000 pengguna. Ia menyediakan ruang belajar yang luas dan kondusif dan mempunyai 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium, bilik pencarian maklumat, bilik rujukan terhad, bilik jurnal dan bilik bacaan 24 jam.
Pembangunan koleksi perpustakaan dalam pelbagai bidang pengajian, terutamanya sains dan teknologi, terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk menyokong aktiviti akademik. 
Pada masa kini, perpustakaan telah mempunyai 150,000 naskhah monograf, 6,000 judul tesis, 300 judul jurnal, 40 judul majalah dan 16,000 unit bahan audio visual. 
Pihak perpustakaan juga telah melanggan 26 perkhidmatan pangkalan data atas talian dan 4 perkhidmatan "e-books". Projek pengautomasian sistem perpustakaan telah dimulakan pada tahun 1997 untuk menguruskan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih cekap. "


untuk mengambarkan kemegahan library UTHM nie, jom layan video koprat libaray UTHM nie..





amacam?? teringin nak masuk UTHM?? 


 "proud to be UTHM student.. "

1 orang gemar komen entry aku:

  1. wah semakin membangunkan UTHM sekarang ni !!..mama pernah lalu kat sana sebelum library ni siap..he2x..gi rumah pengantin kat batu pahat tu.. :)

    ReplyDelete

Luahkan Isi Hati Anda Di Ruangan Komen Ini. Saya Amat Hargainya. =)